
Pelakon, Betty Rahmat berpendapat ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi anak-anak menerusi persekitaran dan contoh yang ditunjukkan dalam kehidupan seharian.Menurut Betty, sebagai seorang ibu, dia percaya usaha mewujudkan persekitaran yang sihat untuk anak-anak tidak seharusnya dipandang ringan kerana mereka bukan sahaja belajar melalui nasihat dan teguran, malah turut memerhatikan setiap tindakan orang dewasa di sekeliling mereka.“Sebagai seorang ibu, saya merasakan sangat penting untuk kita mewujudkan persekitaran yang sihat buat anak-anak.“Ini kerana anak-anak bukan hanya belajar daripada apa yang kita ajarkan kepada mereka, tetapi juga daripada perkara yang mereka lihat setiap hari.“Cara kita memberikan reaksi, mengawal kemarahan, menangani masalah dan paling penting, cara kita melayan orang lain, semuanya akan membentuk siapa diri mereka apabila dewasa nanti,” katanya.Dalam pada itu, Betty mengingatkan bahawa ibu bapa tidak perlu terlalu mengejar kesempurnaan dalam membesarkan anak-anak kerana setiap individu mempunyai emosi dan kelemahan masing-masing.Sebaliknya, apa yang lebih penting adalah kesedaran terhadap setiap tindakan dan tingkah laku yang ditunjukkan di hadapan anak-anak.“Kita tidak perlu menjadi ibu yang sempurna. Kita juga manusia biasa yang mempunyai emosi dan banyak kelemahan.“Namun, kita perlu sentiasa peka dan sedar tentang perkara yang kita tunjukkan kepada anak-anak,” ujarnya.



