Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sejak 4 Oktober lalu, kecoh di media sosial mengenai pemergian pelajar perempuan tingkatan empat, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal yang ditemui meninggal dunia dipercayai dibunuh.
Kes ini telah mendapat perhatian orang ramai, susulan terdapat beberapa kes jenayah dan bunuh yang sebelum ini turut berlaku di perkarangan sekolah.
Baca Artikel Berkaitan: Kes Bunuh Irene Sofiya: “Saya Akan Terus Berjuang Agar Anak Saya Mendapat Keadilan” – Bapa [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Dakwaan Irene Sofiya Diseret Dari Surau Ke Tempat Kejadian Adalah Tidak Benar – Fadhlina
“Kembalikan Hukuman Rotan, Bagi Guru Kuasa Untuk Disiplinkan Pelajar” – Pakar Kesihatan
Ramai berpendapat perkara ini berlaku apabila sesetengah murid tidak lagi berdisiplin didakwa akibat hukuman denda yang semakin longgar.
Seorang pakar kesihatan dikenali sebagai Dr Farhan Zulkifli berkata, guru sepatutnya mempunyai hak untuk merotan atau mendenda pelajar sekiranya jelas mereka melakukan kesalahan.
Malah beliau menegaskan denda berkenaan adalah normal untuk pelajar pada masa dahulu.
“Kembalikan rotan dan denda di sekolah. Bagi guru kuasa untuk disiplinkan pelajar. Tapi mesti ada batas.
“Zaman kita dulu, ada jalan itik, ketuk ketampi, kena rotan, rambut kena potong style mangkuk. Buat salah, kita tahu ada akibat,” katanya.
View on Threads
Baca Artikel Berkaitan: Kes Bunuh Irene Sofiya: “Saya Peluk Fiya Sambil Ajar Ucap Kalimah Syahadah” – Nenek [Video]
Hukuman Rotan Di Sekolah Tak Pernah Dimansuhkan – Fadhlina Sidek
Bagaimanapun pada pagi tadi (5 Oktober), Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek menegaskan bahawa hukuman rotan di sekolah tidak pernah dimansuhkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM), malah masih dibenarkan mengikut peraturan sedia ada.
Jelasnya, hukuman tersebut boleh dikenakan terhadap pelajar lelaki bagi kesalahan tertentu, namun pelaksanaannya tertakluk kepada tatacara dan kuasa yang ditetapkan.

Hanya 3 Individu Yang Boleh Rotan Pelajar
Namun hukuman terbabit hanya boleh dilaksanakan oleh:
- Guru Besar
- Pengetua
- Guru yang diberi kuasa nyata oleh Guru Besar atau Pengetua
Ini sekaligus menjawab persoalan orang ramai yang sebelum ini tertanya tentang autonomi atau kuasa seorang guru untuk menghukum pelajar demi mendisiplinkan mereka.
“Selagi Guru Tak Diberi Kuasa Untuk Rotan Murid, Selagi Tu Kes Jenayah Sekolah Menjadi-jadi” – Netizen
Terdahulu, perkongsian Dr Farhan Zulkifli telah mendapat pelbagai reaksi pengguna Threads. Ada yang bersetuju, ada juga yang memberi komen sebaliknya.
“Selagi semua guru tidak diberi autonomi penuh untuk merotan murid, selagi tu kes jenayah di sekolah semakin menjadi-jadi,” kata seorang lelaki.
View on Threads
“Kalau Semua Kesalahan Dilepaskan, Macam Mana Nak Didik Anak Jadi Manusia?” – Netizen
Malah ada yang berkata hukuman rotan itu adalah penting bagi menyedarkan pelajar tentang kesilapan mereka.
“Setuju. Guru-guru dekat sekolah ni ibarat mak ayah. Kadang rotan dan denda bukan sebab nak menghukum, tapi lebih kepada pengajaran supaya mereka sedar, setiap perbuatan ada akibat yang mereka perlu tanggung.
“Kalau semua kesalahan dilepaskan, bagaimana lagi cara untuk mendidik seorang anak menjadi manusia?” soal seorang wanita.


Cikgu Bantah Cadangan Beri Kuasa Penuh Untuk Guru Merotan Pelajar
Pun begitu, ada segelintir tenaga pengajar yang membantah cadangan guru-guru diberi kuasa penuh untuk merotan murid.
Hal ini kerana menurut seorang guru, tugas hakikinya adalah untuk mengajar dan bukannya menghukum murid yang pada pendapatnya akan merisikokan profesion seorang guru.
“Sebagai seorang guru, minta maaf tapi tidak terima kasih. Kami cikgu biar la mengajar je. Nanti kena Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) la, masuk mahkamah la. Kenapa kami (guru) nak ambil risiko untuk semua hal. Kami mengajar, itu sahaja. Banyak lagi kerja lain selain mengajar kami kena hadap. Tak kuasa,” katanya.
“Rotan Anak, Itu Tanggungjawab Ibu Bapa” – Cikgu
Namun ada juga segelintir berpendapat bahawa tugas menghukum anak dengan merotan adalah tanggungjawab ibu bapa bukannya guru.
“Tak setuju kuasa rotan diberi semula pada guru. Kami nak tenang-tenang je pergi sekolah. Tak nak belajar? Okay. Kerja tak siap? Okay. Tak nak datang kelas tambahan? Okay.
“Ha kan tenang macam tu. Kami ajar yang mana nak belajar je. Part rotan anak, itu tanggungjawab ibu bapa,” tambah seorang lagi cikgu.



Baca Artikel Berkaitan: Kes Tikam Pelajar Di Bandar Utama: Remaja Lelaki 15 Tahun Bebas Tuduhan Bunuh Atas Alasan Tidak Waras
Baca Artikel Berkaitan: Kes Pelajar Maut Di Kuala Pilah: Dua Senior Ditahan Polis, 5 Murid Dakwa Turut Pernah Dibuli Suspek Pertama
Baca Artikel Berkaitan: “Ada Yang Tidak Kena” – Lagi Kes Pelajar Terjatuh Di Sekolah Zara Qairina, Peguam Gesa Polis Siasat Secara Telus





