![Betul Ke Gaji Tak Berkat & Haram Kalau Suka Mengelat Sampai Kawan Kena Cover Kerja? Ini Penjelasannya [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/hukum-suka-mengelat-dan-biar-orang-cover-kerja.jpg)
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Buat individu bekerja pasti pernah berhadapan dengan segelintir rakan yang suka mengelat sampai kita pula yang kena cover dan selesaikan kerja mereka.
Mungkin si pelaku tidak merasa apa-apa namun perbuatan sebegini sememangnya menyusahkan orang lain.
Sebagai orang Islam, pernah tak anda terfikir adakah berdosa jika seseorang itu suka lepas tangan dan membiarkan orang lain melakukan tugas yang sepatutnya kerja mereka?
Bagaimana pula dengan gaji? Adakah situasi itu menjejaskan keberkatan rezeki seseorang?
Alih Atau Beri Kerja Kepada Orang Lain Adalah Contoh Bermalas-Malasan Dalam Tugas
Menurut pengacara dan penceramah bebas, Amin Idris dalam satu video di Instagram Hot Fm, dalam dunia pekerjaan sememangnya terdapat jawatan yang memerlukan seseorang untuk mengagihkan tugas kepada orang lain.
“Dalam bab kerja, kalau kita diberi tugasan, dia ada dua jenis. Kalau kita yang jenis superior (orang atasan), kita ada kuasa untuk mengalihkan tugas, itu kita panggil delegation of task (pembahagian tugas).
Namun jelas Amin, jika seseorang itu sememangnya dipertanggungjawabkan untuk kerja tersebut namun dia mengagihkannya kepada orang lain, perbuatan itu adalah merupakan antara contoh bermalas-malasan dalam pekerjaan.
“Kalau kerja itu memang spesifik untuk kita, dikhususkan untuk kita selepas itu kita pandai-pandai mengagihkan tugas, padahal kita tiada kuasa agihkan tugas tersebut.
“Apatah lagi yang kita agihkan tugas itu adalah rakan sejawatan dengan kita, tiba-tiba dia pula buat kerja, kita boleh rileks, goyang kaki, inilah contoh orang yang bermalas-malasan dalam tugas dia,” jelasnya.
Alihkan Tugas Kepada Orang Lain Sedangkan Itu Kerjanya Jejas Keberkatan Rezeki
Tambah Amin, tindakan seseorang yang mengagihkan tugas sedangkan ia adalah tanggungjawab yang perlu dilakukan olehnya boleh menjejaskan keberkatan rezeki yang diperolehi.
“Orang yang bermalas-malasan dalam tugas, dia telah mengabaikan tugas dia dan dengan berani serta yakinnya cukup bulan dia ambil gaji.
“Sedangkan dia dibayar gaji untuk tugas itu. Tiba-tiba dia mengelat dari membuat tugas tersebut atas nama konon-konon bagi dekat orang lain.
“Maka, orang-orang begini akan terjejas keberkatan rezekinya,” kata Amin.
Haram Tak Semestinya Makan Makanan Yang Dilarang, Gagal Tunaikan Tanggungjawab & Ambil Upah Dikira Dari Sumber Pendapatan Haram
Jelas Amin lagi, perbuatan haram tidak semestinya apabila seseorang itu menikmati makanan yang dilarang dalam agama.
“Cara yang haram ini tidak semestinya kita makan khinzir, tak semestinya kita curi barang orang.
“Tetapi kita gagal buat kerja kita dan kita claim upah daripada kerja tersebut sedangkan kita tak buat, itupun termasuk dalam kategori sumber pendapatan haram,” jelasnya.
Pada masa sama, Amin turut menjelaskan bahawa perbuatan tidak melakukan tugas dengan baik sehingga menyusahkan orang lain adalah dilarang dalam agama.
“Kepada para pendengar yang jenis culas, yang jenis perangai kerja asalkan siap, yang jenis tak bersungguh dalam buat kerja, ini dilarang dalam agama,” katanya.
View this post on Instagram
Orang Yang Tak Lakukan Tugas Tapi Dapat Bayaran Dianggap Tidak Amanah, Berdosa – UAI
Perkara sama turut dijelaskan oleh penceramah dan pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus dalam satu video di YouTube.
Jelas beliau, seseorang yang dibayar elaun namun tidak melaksanakan tugas yang diberi dianggap tidak amanah dan berdosa.
“Sedikit sebanyak dia menanggung dosa kerana kita tidak amanah. Orang yang meninggalkan amanah dengan bayaran, berdosa dan bayaran itu tidak berkat.
“Kita bukan nak cari halal sahaja, tetapi halal dan bersih. Kalau halal tak bersih, tak boleh juga.
Dalam video sama, UAI turut berkongsi sedutan ayat ke 168 dari Surah Al-Baqarah mengenai pencarian rezeki yang halal.
“Wahai manusia, carilah harta benda, rezeki di dunia itu halal dan bersih, halal sahaja tak jadi juga. “Sebab itu kita kena basuh tangaan, kena basuh kuali, basuh sayur walaupun sayur itu halal, toyyiban (bersih),” jelasnya.
Baca Artikel Berkaitan: Ini Hukum Suka Bodek Bos & Naik Pangkat Dengan Cara Burukkan Orang Lain [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Kaki Mengular Patut Tahu! Ini Hukum Buat Urusan Lain Ketika Waktu Bekerja [Video]

![Boleh Ke Main Telefon Dalam Tandas & Apakah Hukumnya Dalam Islam? Ini Penjelasannya [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/hukum-bawa-telefon-dalam-toilet-1.jpg?t=1790067625)
