Boleh Ke Main Telefon Dalam Tandas & Apakah Hukumnya Dalam Islam? Ini Penjelasannya [Video]

22 Sep 2026 • 12:54 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Boleh Ke Main Telefon Dalam Tandas & Apakah Hukumnya Dalam Islam? Ini Penjelasannya [Video]

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pada masa kini, telefon bimbit merupakan alat penting yang menjadi medium perhubungan kebanyakan individu.

Namun, ada segelintir yang dilihat langsung tidak boleh berenggang dengan gajet tersebut sehingga membawanya ke dalam tandas.

Pun begitu, ada juga yang mengatakan perbuatan membawa telefon ke dalam tandas adalah haram.

Jadi, pernahkah anda terfikir apakah sebenarnya hukum membawa bersama telefon bimbit ke tandas dalam Islam?

Hukum Bawa Telefon Bimbit Ke Dalam Tandas Adalah Harus

Menurut penceramah bebas, Dai Fuad Mokhtar dalam satu video di Instagram, mengguna atau memakai telefon bimbit dalam bilik air adalah harus.

Ini kerana jelasnya tiada dalil yang mengharamkan penggunaan telefon bimbit dalam tandas.

“Ramai sebenarnya yang kata haram tapi betul ke telefon memang tak boleh guna pakai dalam tandas?

“Hakikatnya, mengguna dan membawa telefon bimbit dalam bilik air ini hukumnya adalah harus kerana tidak ada dalil yang mengharamkan telefon semata-mata sebab ianya digunakan dalam tandas,” katanya.

Leka Atau Berlama-Lama Guna Telefon Dalam Tandas Adalah Perkara Yang Ditegah

Namun jelas Dai Fuad, seseorang itu perlu menjaga adab dengan tidak membuka ayat al-Quran ketika berada di bilik air.

“Tetapi barang diingat tak bolehlah buka adab kita terhadap al-Quran ataupun bacaan al-Quran yang mana ianya boleh mencemarkan kesuciannya,” katanya.

Tambahnya lagi, tindakan berlama-lama menggunakan telefon bimbit dalam tandas adalah satu perbuatan yang ditegah dalam Islam.

“Berleka-leka atau berlalai-lalai dengan menggunakan telefon bimbit sebab scrolling media sosial, ianya adalah satu perkara yang ditegah kerana tidak sepatutnya kita berlama-lama di tempat yang kotor atau tempat kita qada hajat.

“Oleh kerana itu, gunakan telefon di tempat sepatutnya dan jangan lalai,” jelas Dai Fuad lagi.

View this post on Instagram

A post shared by Dai Fuad Mokhtar (@daifuadmokhtar)

Jangan Buka Bacaan al-Quran Dalam Tandas, Kata UAI

Perkara sama turut dijelaskan oleh penceramah dan pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus dalam satu video di YouTube.

Jelas beliau, seseorang itu dilarang membuka bacaan ayat al-Quran di dalam tandas.

Padam Secepat Mungkin Kalau Terbuka Sendiri

“Kalau ternyala atau terbuka sendiri (ayat al-Quran dalam telefon), padam secepat mungkin. Kerana tidak layak dengannya keadaan ayat al-Quran tersebut, tidak sesuai, tidak molek walaupun jamban itu bersih,” jelas UAI.

Apatah lagi, Allah SWT juga tidak menyukai dengan tindakan seseorang bercakap dalam tandas.

“Jangan kata ayat al-Quran, bercakap pun Allah tak suka, faham? Allah tak suka, apatah lagi (buka) ayat al-Quran,” katanya lagi.

UAI berkata demikian selepas menjawab soalan individu mengenai hukum main telefon yang mengandungi ayat al-Quran di dalam tandas.

Adab Masuk Ke Dalam Tandas

Sebelum ini, UAI dalam satu hantaran di Facebook pernah berkongsi adab seseorang untuk masuk ke tandas.

Antaranya adalah:

  1. Membaca doa sebelum masuk ke tandas
  2. Masuk dengan kaki kiri terlebih dahulu
  3. Sunat menutup kepala atau memakai kopiah atau seumpamanya
  4. Memakai selipar
  5. Tidak membawa masuk sesuatu yang tertulis dengan al-Quran
  6. Menjaga aurat dari dilihat orang lain
  7. Tidak menghadap arah kiblat atau membelakanginya
  8. Tidak bercakap ketika membuang air
  9. Membaca doa ketika keluar ke tandas

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Bawa Telefon Ada Aplikasi Al-Quran Ke Dalam Tandas? Ini Hukumnya

Baca Artikel Berkaitan: Haram Cas Telefon Guna Elektrik Masjid Untuk Keperluan Peribadi, Ini Penjelasannya

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved