Betul ke gambar MyKad cantik kalau pakai tudung merah?

18 Sep 2026 • 12:28 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Betul ke gambar MyKad cantik kalau pakai tudung merah?

PETALING JAYA – “Siapa yang bagi tip suruh pakai tudung merah, ambil gambar MyKad, terima kasih! Gambar MyKad saya cantik!”

Itu luahan seorang wanita yang berpuas hati terhadap hasil gambar pada MyKadnya yang diambil dengan mengenakan tudung berwarna merah.

Menerusi hantaran di media sosial oleh pengguna @Khllh.hana_20, wanita itu berterima kasih kepada individu yang sebelum ini mencadangkan tip berkenaan.

Pada hantaran sama di ruangan komen, wanita itu turut mencadangkan supaya mengenakan pakaian berwarna hitam.

“Kalau boleh warna hitam dan tudung kalau pakai shawl (selendang) biar kemas. Sebab saya tadi shawl tak kemas, jadi petugas kaunter JPN minta saya pakai blazer,” ujarnya.

Sementara itu, ada netizen turut berkongsikan warna tudung yang mampu ‘menaikkan’ seri wajah pada MyKad selain merah.

“Saya pakai pink (merah jambu), lawa,” kongsi @Rbiadwy.

“Kalau siapa tak yakin dengan merah, pakai maroon (merah hati) dan ya, aku suka betul MyKad dengan tudung maroon. Aku taknak tukar MyKad sampai wajib tukar,” ujar @Nurul_niysa.

“Ya, keluarga saya daripada mama sampai ke adik perempuan memang tudung merah. Dari awal memang bawal merah sahaja, memang gambar cun,” komen @Yinyusuff.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, kaunter bahagian kad pengenalan di Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya diserbu orang ramai sempena hari pertama pengeluaran MyKad generasi baharu, semalam.

Berdasarkan tinjauan Kosmo! di kaunter JPN Putrajaya, orang ramai mula mengambil giliran bagi menukar MyKad seawal pukul 8.30 pagi, sebelum jumlahnya bertambah ramai bermula pukul 10 pagi. – KOSMO! ONLINE

The post Betul ke gambar MyKad cantik kalau pakai tudung merah? appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved