'Betul ke kita besarkan anak untuk dilepaskan?' Menjelang hari pernikahan Ammar, luahan sayu Che Ta tentang Aaisyah undang sebak

Family & ParentingLifestyle
12 Jun 2026 • 10:25 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Betul ke kita besarkan anak untuk dilepaskan?' Menjelang hari pernikahan Ammar, luahan sayu Che Ta tentang Aaisyah undang sebak

"BETUL ke orang kata, kita ni besarkan anak untuk dilepaskan?" Demikian luahan hati pelakon dan ikon fesyen terkenal, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta buat ramai tersentuh.

Menghitung hari menjelang majlis pernikahan anak sulungnya, Ammar Effendy Azuar Effendy , 30, yang dijadualkan berlangsung pada 26 Jun ini, selebriti popular itu berkongsi hantaran penuh emosi.

Melalui satu perkongsian menyentuh hati baru-baru ini, fasa melepaskan ternyata menjadi realiti yang paling berat namun terpaksa dilalui oleh setiap ibu bapa apabila cahaya mata mula membina hidup sendiri.

"Apa-apa pun, Aaisyah akan rindu memiliki abang-abangnya untuk diri dia seorang sahaja. Sebelum berkahwin, dia boleh mencari abangnya setiap kali mahukan pelukan, jenaka atau untuk bermanja.

"Selepas berkahwin, kehidupan berubah, keutamaan beralih dan masa mereka bukan lagi milik dia seorang," tulisnya.

Image from: 'Betul ke kita besarkan anak untuk dilepaskan?' Menjelang hari pernikahan Ammar, luahan sayu Che Ta tentang Aaisyah undang sebak

Bagaimanapun, nukilan itu diakhiri dengan pesanan yang cukup mendalam, mengingatkan bahawa walau sejauh mana pun kehidupan membawa Ammar selepas ini, ikatan darah tidak akan pernah putus.

"Tapi tak kira ke mana sahaja kehidupan membawa mereka, dia akan sentiasa menjadi adik perempuan mereka, gadis pertama yang mereka cintai," titipnya.

Image from: 'Betul ke kita besarkan anak untuk dilepaskan?' Menjelang hari pernikahan Ammar, luahan sayu Che Ta tentang Aaisyah undang sebak

Pejam celik, 26 Jun bakal menjelang tidak lama lagi dan bakal menyaksikan peralihan besar buat keluarga ini.

Menerusi Insta Story, pelakon Adik Manja Returns tersebut berkongsi sedag membuat persiapan menyambut menantu.

"Tengah siapkan bilik pengantin. 26/6/2026, 15 days to go," titip Che Ta.

Terdahulu, Ammar Effendy dan Auni Ikhwan melangsungkan pertunangan pada Oktober 2025. Sekadar info, selain Ammar Effendy dan Aaisyah Dhia Rana, Che Ta memiliki seorang lagi anak lelaki bernama Aniq Ezzra yang berusia 28 tahun.