“Betul rare!” – Netizen Terkejut Paris Hilton Bakal Turun Malaysia, Jumpa Peminat Di Sogo KL

Entertainment
29 Aug 2023 • 2:35 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Buat gadis remaja era awal 2000-an, pasti kenal dengan Paris Hilton iaitu seorang model dan pelakon yang menjadi ikon fesyen serta sering muncul dalam kaca TV, terutamanya dalam saluran MTV.

Paris Hilton yang merupakan cucu kepada pengasas hotel Hilton merupakan seorang IT Girl satu ketika dahulu dan dia banyak mengeluarkan barangan kosmetik serta jenama pakaiannya sendiri yang masih dijual sehingga ke hari ini.

Terbaru, pelakon rancangan realiti The Simple Life itu mengumumkan bakal berkunjung ke Malaysia bagi pelancaran minyak wanginya, Ruby Rush.

“Hei Malaysia! Tidak sabar untuk berjumpa dengan anda pada 13 September di KL Sogo untuk pelancaran Paris Hilton Fragrances saya pada pukul 4 petang!” tulisnya ringkas.

Menurut laporan Malay Mail, pihak Sogo KL telah mengesahkan bahawa pelantun lagu ‘Stars Are Blind’ itu akan membuat penampilan khas di kompleks beli-belah tersebut seperti yang diumumkan.

“Weh childhood crush!”

Penampilannya itu sangat mengujakan ramai kerana Paris Hilton adalah seorang yang sangat terkenal walaupun dia terpalit dengan pelbagai kontroversi.

Ramai juga yang terkejut bintang Hollywood itu akan berkunjung ke pusat beli-belah yang boleh dikira old school.

image is not available

Selain itu, Paris Hilton juga mengumumkan di Facebook bahawa dia akan berada di Thailand pada 11 September untuk pelancaran wangian yang sama.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.