Lama menyepi di IG, Aliff Aziz kongsi video kenyit mata menggoda

19 Apr 2024 • 11:09 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Umum sedia maklum kontroversi yang membabitkan pelakon Aliff Aziz yang ditangkap khalwat bersama aktres Ruhainies di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur pada 9 Mac lalu.

Selepas lama menyepikan diri, pelakon yang berusia 33 tahun itu berkongsi sebuah video di IG storynya telah berjaya tarik perhatian ramai.

Dalam video tersebut, Aliff telah merakam dirinya sambil menggunakan lagu nyanyian Kelly Clarkson berjudul ‘Since U Been Gone’.

Aliff Aziz

Bukan itu sahaja, suami kepada aktres Bella Astillah turut menghadiahkan senyuman manis dan kenyitan mata menggoda kepada pengikutnya di aplikasi tersebut.

Terdahulu, Aliff Aziz enggan untuk melafazkan cerai terhadap Bella Astillah atas alasan masih sayang dan meminta masa kepada orang ramai dalam membuat keputusan.

image is not available

Bella kemudiannya memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan dan menetapkan 4 Jun depan sebagai tarikh bagi laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Sekadar info, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Aliff Aziz

image is not available

Sumber: Instagram @Aliff Aziz