BFM 89.9 Menutup Ciri Paparan Iklan Pada Saluran YouTube

LocalBusiness & Finance
23 Jun 2026 • 5:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

BFM 89.9 Menutup Ciri Paparan Iklan Pada Saluran YouTube

Stesen radio BFM 89.9 telah mengumumkan bahawa laman rasmi YouTube mereka kini mempunyai 1.13 juta pelanggan, dan telah menerima Gold Play Button dari pihak YouTube. Stesen radio tersebut telah memulakan saluran YouTube mereka pada 29 September 2010, dan kini memperlihatkan banyak video berkaitan berita perniagaan, politik, isu sosial dan pelbagai temubual dengan tokoh-tokoh tempatan dan juga antarabangsa.

Menariknya, laman YouTube BFM 89.9 dilihat mempunyai lebih ramai pelanggan berbanding pengikut-pengikut mereka di platform media sosial lain seperti X (219 ribu pengikut), Facebook (362 ribu pengikut) dan Instagram (199 ribu pengikut).

Image from: BFM 89.9 Menutup Ciri Paparan Iklan Pada Saluran YouTube

Dalam satu pengumuman yang dibuat di laman Facebook mereka, pihak BFmM 89.9 mengatakan bahawa mereka akan menutup ciri pengiklanan untuk video-video YouTube mereka selama-lamanya, dan akan memberi pelekat kereta percuma bermula hari ini sehingga 30 Julai 2026.

Kami di Amanz mengucapkan tahniah kepada stesen radio BFM 89.9 kerana berjaya mencapai angka langganan tersebut.

Sumber: BFM 89.9

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved