Biadab! Israel Larang Umat Islam Tunai Solat Aidilfitri Di Masjid Al-Aqsa

WorldPolitics
20 Mar 2026 • 12:45 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Israel dilaporkan tidak membenarkan umat Islam menunaikan solat Aidilfitri di Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki, dengan alasan sekatan keselamatan susulan konflik berterusan di rantau itu.

Menurut Anadolu Ajansi, rakyat Palestin menyeru orang ramai untuk berkumpul berhampiran Kota Lama Baitulmaqdis pada Jumaat bagi menunaikan solat sedekat mungkin dengan Masjid Al-Aqsa sempena berakhirnya Ramadan.

Sebelum ini, polis Israel dilaporkan menggunakan rotan, bom bunyi dan gas pemedih mata terhadap rakyat Palestin yang menunaikan solat di luar tembok Kota Lama sebagai tanda protes terhadap sekatan yang dikenakan sepanjang Ramadan.

image is not available

Situasi di Baitulmaqdis Timur yang diduduki juga dilaporkan suram apabila kawasan Kota Lama yang kebiasaannya meriah menjelang Aidilfitri kini lengang dan disifatkan seperti bandar hantu.

Artikel lain: Jemaah Dipaksa Beredar! Tentera Israel Halang Solat Isyak, Tarawih Di Masjid Al-Aqsa

Dalam pada itu, Israel turut mengehadkan akses ke kawasan berkenaan dengan alasan larangan perhimpunan awam.

image is not available

Seorang peniaga Palestin yang enggan dikenali berkata, sekatan tersebut memberi kesan besar terhadap kehidupan mereka.

“Sekatan ini menyebabkan kami mengalami kesusahan ekonomi yang teruk,” katanya.

image is not available

Difahamkan, kebanyakan premis perniagaan diarahkan tutup dengan hanya farmasi dan kedai makanan asas dibenarkan beroperasi.

Sumber: anadolu

The post Biadab! Israel Larang Umat Islam Tunai Solat Aidilfitri Di Masjid Al-Aqsa appeared first on Borak Daily.