“Biadap!”- Tindakan Sekumpulan Remaja Baling Mercun Ke Dalam Rumah Penduduk Dikecam Netizen

Entertainment
8 Apr 2023 • 11:55 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, kecoh di media sosial tentang isu sekumpulan remaja yang membaling mercun ke dalam rumah seorang penduduk sehingga dikatakan telah menyebabkan kecederaan kepada orang lain.

Tindakan remaja-remaja itu membaling mercun telah dikongsikan oleh seorang individu di TikTok yang menemui remaja-remaja tersebut, dipercayai untuk menegur tindakan mereka yang membahayakan penduduk sekitar.

Video TikTok berkenaan kemudiannya tular di Twitter setelah dikongsikan semula di platfrom tersebut.

Difahamkan, remaja-remaja itu turut didakwa telah membaling mercun itu ke arah jalan raya ketika ada kenderaan yang sedang melalui jalan tersebut.

image is not available

Tindakan sekumpulan remaja itu telah mengundang kecaman daripada warganet yang rata-ratanya mencadangkan agar mangsa yang terkena balingan mercun itu membuat laporan polis supaya remaja-remaja tersebut ditahan lokap.

Ramai yang berpendapat mungkin dengan cara itu sahaja remaja itu akan sedar bahawa perbuatan mereka itu salah dan boleh membahayakan keselamatan orang lain.

image is not available

image is not available

image is not available

Ada juga netizen yang mencadangkan agar penjualan mercun diharamkan seratus peratus berikutan kejadian ini.

Bahaya betul main baling-baling mercun ni.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.