Biadap! Video Shuib Bulan Madu Dengan Watie Dibanjiri Komen Tak Senonoh

Entertainment
26 Jun 2023 • 4:08 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Komen-komen dan lawak yang diberikan oleh netizen ini ada kalanya melampaui batas sampai hilang adab dan tidak menjaga sensitiviti. Kita sedia maklum bahawa perkahwinan dengan Watie ini adalah perkahwinan kedua Shuib setelah 2 tahun hidup ‘bersendirian’.

Usai diijabkabulkan sebagai suami isteri, tular satu video pasangan pengantin baru ini sedang berbulan madu Langkawi. Apa yang menjadi perhatian netizen adalah komen-komen nakal yang ditinggalkan segelintir warganet yang boleh dikatakan agak menjengkelkan.

 

“Tahulah orang dah lama tak ada bini, tapi janganlah komen lucah”

Isteri Shuib, Watie dikatakan telah memuat naik video yang memaparkan Shuib sedang berehat di lokasi percutian honeymoon mereka.

Watie juga sempat berseloroh mengatakan dia bagai terkejut apabila tersedar bahawa hari ini dia sudah mempunyai seorang suami.

Menerusi video yang dikongsikan semula oleh netizen di Tiktok, ramai netizen di ruang komen telah meninggalkan komen kurang elok berkenaan Shuib dan isterinya.

Komen tersebut dianggap sebagai biadap dan tidak sesuai dinyatakan oleh netizen kerana ia berkaitan hal privasi pelawak tersebut.

image is not available

image is not available

 

Sekadar info, Shuib dan Watie telah selamat diijabkabulkan pada 23 Jun 2023 dengan berwalikan abang Watie dan disaksikan Penolong Pendaftar Pernikahan Masjid Hidayatul Muttaqin, Kampung Bukit Lanchung, Zubairi Ghazali pada jam 8.45 malam.

Menurut Berita Harian, Shuib menyerahkan mas kahwin bernilai RM8,288 serta lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.