Biar muka tak cantik, jangan rebut kebahagiaan wanita lain – Mimi Lana

LocalEntertainment
26 Sep 2024 • 9:52 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Mimi Lana atau nama sebenarnya Mimi Roziana Zainal Abidin berpendapat biar muka tak cantik asalkan seseorang wanita itu tidak merampas kebahagiaan yang dimiliki oleh orang lain.

Menerusi hantaran di Instagram, aktres berusia 28 tahun itu menganggap paras rupa seseorang tidak mencerminkan keperibadian seorang wanita.

image is not available

Malah, adalah tidak wajar jika golongan ini merampas kebahagiaan sesama sendiri.

“Kita perempuan ni, biar muka tak cantik.
“Tapi yang penting kita tidak merebut kebahagiaan wanita yang lain,”tulisnya.

image is not available

Biar muka tak cantik, jangan rampas – Mimi Lana

Hantaran dimuat naik pelakon drama Sein dan Luna itu menerima pelbagai reaksi dalam kalangan pengikut media sosial.

Ramai turut bersetuju dengan perkongsian ayat yang dinyatakan oleh Mimi Lana selain memuji kecantikan aktres asal Taiping, Perak ini.

image is not available image is not available image is not availableimage is not available

Sebelum ini, kisah percintaan Mimi Lana dan pelakon kacak berbakat besar, Syafiq Kyle kembali menjadi bualan selepas aktor itu membuat pengakuan secara terbuka dirinya sudah berjaya menakluk hati aktres jelita itu.

Dalam nada gurauan yang penuh kehangatan, Syafiq menyatakan bahawa dia hanya menanti masa yang sesuai untuk membawa hubungan mereka ke tahap seterusnya, sambil menunggu pengesahan daripada Mimi sendiri.

Terdahulu, Mimi dan Syafiq telah membatalkan perkahwinan mereka yang dijadualkan pada 19 Ogos tahun lalu atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.

image is not available

Difahamkan, majlis akad nikah pasangan tersebut sepatutnya diadakan pada sebelah pagi di Puncak Rimba, Bentong, Pahang sementara resepsinya pada sebelah malam berkonsepkan acara dalam taman.

Sumber: Instagram missmimilana