“Biar Muka Tak Cantik, Yang Penting Kita Tak Rebut Kebahagiaan Wanita Lain” – Mimi Lana

LocalEntertainment
26 Sep 2024 • 10:54 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Mimi Lana

Pelakon jelita, Mimi Lana ada memuat naik satu hantaran terbaru di media sosial telah mengundang perhatian ramai. Apa kes ni?

Menerusi Instagram, Mimi berkongsi foto dirinya sambil meletakkan kapsyen yang meminta agar wanita di luar sana untuk menghormati hak orang lain.

Kita perempuan ni, biar muka tak cantik. Tapi yang penting kita tidak merebut kebahagiaan wanita yang lain.

Kalau korang tengok ruangan komen, rata-rata rakan artis dan juga peminat menyokong kenyataan pelakon itu.

Untuk info, sebelum ini Mimi Lana hampir mendirikan rumah tangga dengan Syafiq Kyle tapi telah dibatalkan ketika menjelang tarikh mereka bernikah.

Walau bagaimanapun, Syafiq baru-baru ini memaklumkan yang kini mereka sedang menunggu waktu yang sesuai untuk bersatu.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Mimi Lana