'Biar parti lawan parti, jangan ubah demokrasi Malaysia' - Mohamad Sabu 

LocalPolitics
22 Jun 2026 • 9:52 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Biar parti lawan parti, jangan ubah demokrasi Malaysia' - Mohamad Sabu 
Mohamad berucap pada Majlis Pengumuman Calon PH bagi PRN Johor di Bukit Gambir pada malam Isnin. 

TANGKAK - Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu mengingatkan semua pihak agar tidak mengubah amalan demokrasi negara semata-mata untuk memenuhi kepentingan politik atau individu tertentu.

Beliau berkata, sistem demokrasi negara perlu terus dipertahankan dengan memberi ruang kepada parti-parti politik bersaing secara sihat sama ada untuk membentuk kerajaan atau memainkan peranan sebagai pembangkang.

“Sama ada kita menang atau mereka kalah, itu bukan persoalannya. Yang penting pertandingan mesti berlaku antara parti dengan parti.

“Jangan ubah cara demokrasi negara. Biarlah parti-parti politik bergelut untuk memerintah atau menjadi pembangkang,” katanya ketika berucap pada Majlis Pengumuman Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Bukit Gambir di sini pada malam Isnin. 

Dalam pada itu, Mohamad menegaskan setiap parti komponen perlu menerima keputusan rundingan dan bekerja sebagai satu pasukan demi memastikan kemenangan gabungan.

Katanya, proses pembahagian kerusi bagi PRN Johor bukan sesuatu yang mudah, namun berjaya diselesaikan menerusi rundingan dan persefahaman antara parti-parti dalam PH.

Beliau turut mengingatkan bahawa calon daripada Amanah, PKR dan DAP perlu dibantu secara bersama tanpa mengira parti yang bertanding di sesuatu kawasan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved