‘Biarkan kebisingan itu lalu, jangan bebankan hati adik’

Entertainment
4 Sep 2026 • 9:29 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Biarkan kebisingan itu lalu, jangan bebankan hati adik’

PETALING JAYA – Ketika adiknya, Elisya Sandha dihujani kecaman bertalu-talu susulan kontroversi drama Madu Atau Racun, aktres Fasha Sandha tampil menenangkan insan kesayangannya itu agar tidak terus dibelenggu kata-kata negatif.

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 42, berharap Elisya mengambil pengajaran daripada situasi yang berlaku, selain mengenepikan hal kurang menyenangkan.

“Setiap orang mempunyai pandangan berbeza. Ambil apa yang boleh dijadikan pengajaran, abaikan perkara negatif dan teruskan melangkah, Elisya,” katanya dalam hantaran di Threads.

Pada masa sama, Fasha mengingatkan adiknya agar jangan memberi tekanan kepada diri sendiri, malah yakin fasa ini akan berakhir.

“Jangan biarkan komen negatif membebankan hati, adik Angah (panggilan dirinya). Berlembutlah dengan diri sendiri, biarkan semua kebisingan itu berlalu.

“Ingat, segala detik ini juga akan berlalu,” ujarnya.

Tambah anak kedua daripada empat bersaudara itu, dia akan berada di belakang adiknya dalam apa jua situasi.

“Angah sentiasa ada untuk adik. Sayang adik sangat-sangat,” ujarnya.

Kata-kata semangat Fasha itu hadir ketika nama Elisya ‘dipetik’ netizen susulan kontroversi Madu Atau Racun yang didakwa menyelitkan babak pelakuan songsang.

Isu tersebut mencetuskan perdebatan sehingga ramai pemerhati menolak tayangan drama bersiri 12 episod yang disiarkan di platform penstriman iQIYI itu termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan.

Begitupun, atas usaha Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang memanggil wakil penerbit, MIG Production House, iQIYI serta pelbagai agensi berkaitan, saluran penstriman terbabit setuju untuk membuat suntingan sebelum naskhah tersebut dinilao panel untuk tayangan semula.

Selain Elisya, drama arahan Eyra Rahman itu turut dibarisi Aliff Aziz serta Uqasha Senrose. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Biarkan kebisingan itu lalu, jangan bebankan hati adik’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved