Ini Respon Fasha Sandha Selepas Lakonan Elisya Sandha Dalam Drama ‘Madu Atau Racun’ Undang Kontroversi

Entertainment
4 Sep 2026 • 2:46 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pelakon, Fasha Sandha menitipkan kata-kata semangat buat adiknya, Elisya Sandha, susulan kontroversi yang membabitkan drama lakonannya, Madu Atau Racun.

Menurut laporan mStar, Fasha mengingatkan Elisya supaya mengambil pengajaran daripada perkara yang berlaku dan tidak terlalu memikirkan komen negatif.

Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza. Ambil apa yang boleh dipelajari, abaikan perkara negatif dan teruskan melangkah, Elisya.

“Jangan biar komen negatif membebani hati” – Fasha Sandha

Image from: Ini Respon Fasha Sandha Selepas Lakonan Elisya Sandha Dalam Drama ‘Madu Atau Racun’ Undang Kontroversi

Menerusi hantaran di Instagram pada Khamis, Fasha turut meminta Elisya supaya tidak membiarkan komen-komen negatif mengganggu emosinya.

Jangan biarkan komen-komen negatif membebani hati adik Angah. Berlembutlah dengan diri sendiri, biarkan segala bunyi bising itu berlalu dan ingatlah, detik ini juga akan berlalu.

Lebih menyentuh hati, Fasha turut menegaskan bahawa dia akan sentiasa berada di sisi adiknya.

Saya sentiasa ada untuk adik. Sayang adik sangat-sangat.

Elisya Sandha beri respon

Two women lean in toward each other and smile on a sunny city street.

Elisya kemudian membalas mesej kakaknya itu dengan ucapan penghargaan.

Terima kasih angah, saya sayang awak.

Drama bersiri Madu Atau Racun sebelum ini mencetuskan kontroversi susulan beberapa adegan yang didakwa tidak sesuai dengan budaya dan agama Islam.

Kontroversi tersebut menyebabkan ramai pihak mendesak agar tayangan drama berkenaan ditarik balik.

Susulan itu, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) meminta iQIYI menurunkan keseluruhan penayangan drama tersebut bagi membolehkan pihak produksi melakukan suntingan semula terhadap kesemua 12 episod.

Nota Oh! Media:
Kritikan memang tidak dapat dielakkan apabila sesuatu karya dipertontonkan kepada umum. Yang penting, ambil teguran yang membina, belajar daripada kesilapan dan jangan biarkan kata-kata negatif mematahkan semangat.

Sumber: mStar
Ikuti Perbincangan: Whatsapp, Facebook, Threads dan Instagram.

The post Ini Respon Fasha Sandha Selepas Lakonan Elisya Sandha Dalam Drama ‘Madu Atau Racun’ Undang Kontroversi appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved