“Biarlah Aisyah uruskan, Fatin ada rezeki dia” – Alif Teega Jawab Isu Pembahagian Harta Kedua Isteri

Entertainment
5 Feb 2024 • 1:41 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebelum ini, pempengaruh media sosial Aisyah Hijanah berkata suaminya iaitu Alif Teega bersetuju untuk memindahkan kesemua harta dan aset dibina sejak awal perkahwinan atas namanya.

Dalam perkembangan terkini, pasangan ini meluahkan rasa syukur apabila kes harta sepencarian yang dibicarakan di mahkamah akhirnya selesai dan syarikat Hijanah yang diusahakan bersama kini milik Aisyah sepenuhnya.

“Hari ini kita baru sahaja habis perbicaraan untuk kes harta sepencarian yang kita sudah persetujui sebelum ini.

“Hari ini selesai sudah semua dan disahkan oleh hakim. Syarikat Hijanah ini kita uruskan bersama tapi Alhamdulillah Alif pun sudah serahkan sepenuhnya atas nama Aisyah,” kata Aisyah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mohd Hazalif (@alifteega)

Isteri kedua juga ada bahagian tersendiri

Menurut Alif, pemberian syarikat tersebut kepada isteri pertamanya bukan menunjukkan wanita itu seorang yang tamak, sebaliknya Aisyah layak mendapat hak penuh syarikat itu kerana ia diuruskan sendiri olehnya.

image is not available

“Selayaknya Aisyah dapat sepenuhnya harta ini. Benda ini sepatutnya dibuat sebelum poligami. Isteri ada hak minta apa yang dia nak,” ujarnya.

Sementara itu, Alif mengatakan pembahagian harta buat isteri kedua iaitu Fatin Umaidah juga mempunyai bahagian yang tersendiri.

“Rezeki dia ada. Tak semestinya kita bagi (Aisyah) semuanya, dia (Fatin) tidak dapat apa. Dia (Aisyah) sesuai dapat apa yang dia dapat.

“Takkan yang diusahakan ini, yang kedua tak merasa. Biarlah Aisyah uruskan. Dia (Fatin) ada rezeki dia. Ada bahagian dia,” katanya.

Difahamkan, kesemua harta sepencarian mereka termasuklah butik Hijanah, rumah, kereta dan aset-aset lain.

Sumber: mStar

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.