“Biarlah orang buat kita” -Sophia AlBarakbah malas ulas dituduh putar belit fakta

Entertainment
11 Oct 2023 • 11:08 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kontroversi melibatkan pelakon cantik, Sophia Albarakbah yang datang ke program All Star Gegar Vaganza pada minggu ke-3 tempoh hari menjadi perbualan ramai.

Bella Astillah selar kenyataan Sophia

Mana tidaknya, isteri kepada penyanyi, Aliff Aziz iaitu Bella Astillah memuat naik kenyataan di medoa sosial mengatakan bahawa selebriti terbabit menipu apabila dia menafikan bahawa datang ke GV bukan untuk melihat Aliff.

image is not available

Sophia AlBarakbah kata biarlah orang buat kita

Perkongsian yang dibuat Bella Astillah itu telah mendapat perhatian ramai lebih-lebih lagi apabila mendakwa pelakon berkenaan memang sudah biasa menipu dan memutar belit fakta susulan kontroversi tempoh hari.

Namun, menerusi Insta Story Sophia, dia telah menjawab dengan tenang apabila ada pihak yang menyokongnya mengatakan bahawa pelakon terbabit ada sahaja sehingga persembahan Liza Hanim, iaitu selepas Aiff Aziz membuat persembahan tempoh hari.

“Biarlah orang buat kita, jangan kita buat orang,” tulisnya.

image is not available

Bella Astillah sindir suami?

Terdahulu, kenyataan daripada Aliff Aziz berkenaan kehadiran heroin drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah di All Star Gegar Vaganza tempoh hari menyababkan isterinya kurang senang apabila turut menyindir penyanyi kelahiran Singapura itu di Insta Story.

Pemilik nama sebenar, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah seakan mempersoalkan semula apa yang dinyatakan suaminya dan mengatakan sepatutnya Aliff lebih menjaga perasaan isteri bukannya wanita lain.

image is not available