“Biar orang buat kita” – Dituduh Putar Belit Cerita, Sophia Albarakbah Kekal Tenang

Entertainment
11 Oct 2023 • 12:14 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kenyataan aktres popular, Sophia Albarakbah berhubung kehadirannya ke konsert All Stars Gegar Vaganza (ASGV) pada Ahad lalu ternyata membuatkan Bella Astillah yang merupakan isteri kepada penyanyi Aliff Aziz kurang senang.

Sejak semalam, Bella memuat naik kenyataan di laman Instagram Story menuduh aktres itu sebagai penipu dan kaki putar belit cerita mengenai kehadirannya di konsert tersebut.

Susulan perkongsian Bella yang telah menarik perhatian ramai, Sophia tampil respon dengan tenang apabila ada pihak yang menyokongnya mengatakan bahawa pelakon terbabit ada sehingga persembahan Liza Hanim, iaitu selepas Aliff Aziz membuat persembahan tempoh hari.

“Biarlah orang buat kita, jangan kita buat orang,” tulisnya di Insta Story.

image is not available

Sophia turut berkongsi semula rakaman perbualan temu bualnya bersama media yang dimuat naik oleh kelab peminatnya.

Menerusi akaun kelab peminat Sophia, mereka turut menyatakan sokongan terhadapnya serta membalas kenyataan yang dikeluarkan oleh Bella sebelum ini.

“Hujung cerita kita tengoklah siapa yang memutar belit dan siapa yang terbelit!” kata pengendali akaun itu.

Terdahulu, Sophia menafikan dakwaan kehadirannya ke konsert ASGV adalah untuk memberikan sokongan kepada Aliff.

Menurutnya, kemunculannya pada konsert tersebut adalah bagi menemani sepupunya, penyanyi, Aisha Retno yang membuat persembahan menerusi segmen GV Live+.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.