"Biarlah Orang Nak Kecam, Kutuk, Saya Tetap Bersama Hingga Akhir Hayat" - Suami Titip Kata-Kata Semangat Buat Abby Abadi

20 Apr 2025 • 7:50 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Suami kepada pelakon Abby Abadi, Muhammad Faizal Zakari terus memberikan sokongan dan menitipkan kata-kata semangat buat isterinya untuk lebih kental.

Biar berdepan pelbagai kecaman dan kutukan ekoran penularan kisah keluarga mereka, Abby dan Faizal tidak alah dengan netizen.



"Biarlah Sayang, orang nak kecam ke, kutuk ke, kata macam-macam, saya tetap bersama sayang hingga akhir hayat saya. 



"Kalau dah sampai masa untuk kita bawa diri elok kita lakukan. InshaAllah ada cahaya di hadapan kita nanti," tulisnya di Thread bersama sekeping foto manis bersama.



image is not available

Dalam pada itu, Faizal turut memberitahu perancangannya untuk tinggal di rumah orang tua-tua atau bermastautin di Makkah untuk menghabiskan sisa hidup bersama Abby.

"Bila dah tua nanti, nampak macam tak de yang peduli kita, nanti kita duduk pondok, rumah orang tua atau kita pindah duduk Mekah, habiskan sisa-sisa hidup yang ada tu. 


"Ingat saya sentiasa ada bersama sayang..kasih sayang dunia akhirat," tambahnya.



Untuk rekod, Marissa sah bergelar isteri kepada Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember 2023.



Sebelum ini, berlaku persengketaan antara Abby dan menantunya, Ahmad Aslam selepas ada pihak yang memintanya memohon maaf kepada madu anaknya iaitu Umisya Mazlan.

Bagaimanapun Abby meminta menantunya Aslam datang memohon maaf kepadanya secara bersua muka.