"Biarlah Saya Jadi Isteri Yang Baik" - Angeline Tan

20 Sep 2024 • 7:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon, Angeline Tan sentiasa berdoa agar diberikan kekuatan untuk terus istiqamah dan menjadi seorang muslimah yang baik.

Jelas isteri kepada sutradara terkenal Sabri Yunus itu, ketika disunting, dia berjanji kepada dirinya untuk ditetapkan iman.

"Masa saya setuju untuk menjadi isteri suami saya, saya pernah berkata, biarlah saya menjadi seorang isteri yang baik dan saya pernah meminta kepada Allah S.W.T untuk berikan saya kekuatan jadi seorang muslimah yang sebenar.


"Walaupun saya pernah merungut kepada suami saya, ‘pakai tudung ini panaslah’ tapi bagi saya itu hanyalah gurauan manja sahaja," ceritanya.

Menyelak kembali halaman sebelum bergelar Islam, Angeline memberitahu dia telah memeluk agama Islam tanpa pengetahuan pengarah drama X-Change.

"Habis sahaja penggambaran drama X-Change, saya terus memeluk islam. Pengarah drama itu sendiri pun tidak tahu.


"Tak silap saya, penggambaran drama itu habis pada awal September tahun lalu. Saya terus memeluk Islam pada 26 September tahun lepas dan terus berkahwin pada 14 Oktober tahun yang sama," ujarnya.


Untuk rekod, Angeline memeluk Islam pada awal September 2023 dan mendirikan rumah tangga bersama suaminya pada Oktober tahun lepas.