“Biarlah undang-undang memutuskannya” – Mangsa Kes P*kul Berterima Kasih Kepada Tengku Hassanal

Entertainment
8 Nov 2024 • 12:30 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Susulan pertuduhan yang dikenakan terhadap seorang kerabat diraja Pahang kerana mencederakan seorang lelaki semalam, mangsa, Alias Awang menjunjung kasih kepada Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Alias, 44, yang juga bekas pekerja pembinaan itu berkata, keprihatinan Tengku Hassanal mengenai kesnya telah membolehkan kumpulan yang menyerangnya didakwa dan kini dia menyerahkan ia kepada proses undang-undang untuk memberikan keadilan.

Saya hanya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tengku Mahkota Pahang kerana membantu dan memberikan keadilan kepada saya.

“Bagaimanapun, memandangkan kes ini sudah di mahkamah, biarlah undang-undang yang memutuskan,” katanya.

image is not available

Terdahulu, seorang kerabat diraja Pahang dan seorang anggota polis antara lima individu yang didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan atas pertuduhan menyebabkan kecederaan menggunakan pisau pada Jun lalu.

Tertuduh, Tengku Eddie Akasya Tengku Abd Rahman yang berusia 20 tahun, merupakan anak Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, telah dituduh bersama Nik Norhisham Affendi Nik Mohd Zani, 39, Mohd Fouzi Md Nur, 44, Mohd Taufik Daud, 44, dan Khairul Azhar Rosli, 38.

image is not available

Kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun, didenda, disebat atau mana-mana daripada dua hukuman itu.

Tengku Hassanal dalam satu kenyataan di media sosial juga meminta agar kes ini mendapat siasatan adil tanpa sebarang kompromi.

Tiada sesiapa pun yang lebih tinggi dari undang-undang, termasuk kerabat diraja,” katanya.

Sumber: Malaysiakini

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved