Tengku Mahkota Pahang Titah Keadilan Diberi Kepada Mangsa Pukul Oleh Kerabat

LocalPolitics
19 Oct 2024 • 9:47 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tengku Mahkota Pahang (TMP), Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan keadilan diberikan kepada seorang lelaki yang didakwa dipukul oleh Kerabat Diraja Pahang bulan lalu.

image is not available

Memetik laporan Astro Awani, baginda menitahkan perkara itu melalui akaun Instagram Story di akaun baginda @this.7.

“Mangsa ialah rakyat beta. Berikannya keadilan sekarang”

Dalam hantaran itu juga, Tengku Hassanal turut bertitah mengenai mereka yang berdiri di pihak kebenaran akan sentiasa menang, manakala mereka yang berada di pihak salah akan jatuh.

image is not available

Terdahulu, baginda menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Abdulaziz meminta pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan siasatan penuh dalam kadar segera, telus dan adil tanpa sebarang kompromi atas nama keadilan.

Untuk rekod, seorang pekerja pembinaan dan penyelenggaraan jalan mendakwa telah dipukul oleh seorang Kerabat Diraja dari Pahang dan beberapa individu.

Dalam kejadian itu mangsa telah cedera akibat diserang dengan senjata dan pistol.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.