“Biasa Yang Post Macam Ni Perempuan..” – Individu Tegur Henti Gelar Ibu Bapa Sebagai ‘Orang Tua’ Undang Kecaman

5 Jun 2025 • 3:24 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Boleh dikatakan sejak dulu lagi isu mengenai panggilan untuk seseorang sering menjadi perdebatan di kalangan warganet, seperti orang yang lebih tua tidak selesa jika dirinya dipanggil dengan gelaran ‘makcik’ atau pakcik oleh golongan muda.

Bahkan, hingga ada yang sampai menengking jika dipanggil gelaran sedemikian, sedangkan golongan muda ini merasakan ia merupakan panggilan yang sesuai memandangkan hormat mereka yang lebih tua daripada mereka.

‘Jangan panggil ORANG TUA pada mak ayah kita!’

Terbaru, melalui laman Threads, seorang individu yang merupakan seorang guru berkongsikan satu tangkap layar memaparkan hantaran seorang wanita yang mengadu tentang masyarakat sering memanggil ibu bapa dengan gelaran ‘orang tua’.

image is not available

Namun, guru tersebut merasakan perkara tersebut tidak sepatutnya menjadi isu dan gelaran ‘orang tua’ sesuai untuk golongan ibu bapa.

Makin mengarut eh orang sekarang ni. Bini tak boleh, puan tak boleh, sekarang orang tua pun dah tak boleh pakai. Inilah masalahnya bila orang merepek diberi platform untuk bercakap.

image is not available

image is not available

Netizen anggap gelaran ‘orang tua’ sesuai je..

Susulan itu, guru berkenaan memuat naik juga tangkap layar semakan di portal Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di mana gelaran ‘orang tua’ sememangnya digunakan untuk individu yang lebih berusia atau ibu bapa.

image is not available

Meninaju di ruangan komen hantaran itu, ramai yang memberi pandangan yang sama dengan guru tersebut dengan merasakan gelaran ‘orang tua’ sesuai untuk golongan ibu bapa serta merasakan wanita itu memperbesarkan isu yang remeh.

image is not available

image is not available 2 months ago

Wanita Terima Kecaman Selepas Persoal Gen Z Guna Kipas Sambil Jalan - "Ini Pun Jadi Isu?"