“Biasalah, mereka sekadar menyakat je” – Zul Ariffin Respon Isu Foto Seksi

Entertainment
22 Aug 2025 • 10:52 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nama pelakon Zul Ariffin dilihat menjadi buah mulut orang ramai selepas pelakon utama filem Sheriff: Narko Integriti itu memuat naik foto tidak berbaju ketika sedang bercuti di sebuah pulau.

Dikatakan, ramai yang tak keruan terutamanya golongan wanita sampaikan ada netizen berstatus isteri orang rasa ‘terganggu’ apabila melihatnya.

 

Anggap netizen hanya menyakat

image is not available

Menyedari perkara tersebut, Zul Ariffin, 39, menganggap bahawa komen-komen yang diberikan itu hanyalah sekadar gurauan nakal netizen sahaja.

Dalam pada itu, Zul menyatakan bahawa susuk tubuh badan yang dia miliki itu adalah hasil daripada latihan tinju bagi menjalani penggambaran filem baharunya.

“Saya perasan, tapi setakat ini tak ada yang mengarut pun. Sebelum ini saya leka tak jaga diri sangat.”

“Alhamdulillah selepas terbabit dalam sebuah filem, saya kembali aktif jaga kesihatan. Sekarang saya rasa lebih sihat dan cergas berbanding sebelum ini. Saya dah tak nak tembam lagi.”

“Mungkin pengikut media sosial pun perasan perubahan ini, tapi okay lah. Sekurang-kurangnya ramai yang beri sokongan. Komen kelakar itu biasalah, mereka sekadar menyatakat je.”

image is not available

Jelas Zul kepada mStar Online lagi, dia aktif memuat naik gamabr selepas bercuti dan beberapa bulan jalani latihan boxing serta penggambaran filem.

“Ramai juga yang minta saya lebih aktif berkongsi foto di Instagram. Bermula sekarang saya akan kekal dengan bentuk begini. Tak mahu tembam dah.”

image is not available

Sebelum ini, tular kenyataan seorang wanita secara terbuka berseloroh bahawa dia rasa tergugat melihat perkongsian daripada Zul Ariffin hingga mengambil keputusan untuk tidak lagi mengikuti akaun Instagram aktor itu.

Sumber : mStar Online

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.