Bicara kes hasutan Che GuBard Februari depan

LocalPolitics
12 Aug 2026 • 5:55 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bicara kes hasutan Che GuBard Februari depan

SEREMBAN – Kes aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard yang didakwa menerbitkan penerbitan menghasut di Facebook akan mula dibicarakan selama tiga hari pada Februari tahun depan.

Mahkamah Sesyen menetapkan 15 hingga 17 Februari 2027 sebagai tarikh perbicaraan penuh selepas kes berkenaan disebut di hadapan Hakim, Tasnim Abu Bakar, hari ini.

Perbicaraan ditetapkan berlangsung dari pukul 2.30 hingga 4.30 petang pada ketiga-tiga tarikh berkenaan.

Terdahulu, Che GuBard, 48, didakwa menerbitkan penerbitan menghasut berkaitan institusi Diraja Negeri Sembilan menerusi akaun Facebook Che GuBard pada 26 Mei lalu, kira-kira pukul 8.30 malam.

Perbuatan itu didakwa berlaku di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Sembilan, Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah manakala Chegu Bard diwakili Peguam Mohd. Hanif Hassan.

Tengku Ahmad kemudiannya memaklumkan mahkamah seramai lapan saksi akan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan. – KOSMO! ONLINE

The post Bicara kes hasutan Che GuBard Februari depan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved