
Bidaan Nombor Plat Jadi Hasil Malaysia
Satu perkara unik dalam dunia automotif di Malaysia, negara ini terkenal dengan pasaran nombor plat unik yang boleh dijual beli dengan harga tinggi.
Jabatan Pengangkutan Jalan banyak mengeluarkan nombor plat edisi khas yang mendapat sambutan seperti GOLD, MALAYSIA dan banyak lagi.
Plat Paling Mahal Dibida
Antara figura yang sentiasa terlibat dalam bidaan nombor plat unik di Malaysia adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
Baginda berjaya memiliki dua nombor pkat paling mahal di Malaysia iaitu FFF 1 yang dibida pada harga RM1.75 juta dan plat GOLD 1 berharga RM1.5 juta.

Ke mana pergi duit bidaan ini? Sudah pasti kesemua duit bidaan pemenang menjadi hasil yang baik untuk kerajaan menambah pendapatan negara bagi menampung keperluan Malaysia.
Plat Universiti di Malaysia
Satu lagi perkara menarik yang mula diwujudkan beberapa tahun sebelum ini adalah bidaan nombor plat khas universiti awam yang juga dibuka untuk bidaan.

Nombor plat seperti UM 1-9999 (Universiti Malaya), UITM 1-9999 (Universiti Teknologi Mara), UKM 1-9999 (Universiti Kebangsaan Malaysia), dan banyak lagi.
Ini juga membantu universiti tempatan menjana pendapatan bagi menampung kos-kos seperti perbaharui fasiliti, kebajikan pelajar dan lain-lain.
Untuk rekod, Malaysia beejaya mengutip ratusan juta ringgit setiap tahun dari bidaan nombor plat. Tahun 2022, hanya 10 bulan sahaja kerajaan mengutip RM286 juta.
Ada Ke Negara Lain Yang Buka Bidaan Nombor Plat?
Ya, Malaysia bukanlah satu-satunya negara yang membuat bidaan nombor plat. Negara seperti United Kingdom, UAE, Hong Kong dan Autralia juga menjana pendapatan dengan bidaan nombor plat.
Malah, harga bidaan yang menang jauh lebih besar berbanding di Malaysia.





