Bidaan NPI ‘H’ kutip lebih RM25 juta dalam dua hari

LocalBusiness & Finance
17 Sep 2026 • 6:18 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bidaan NPI ‘H’ kutip lebih RM25 juta dalam dua hari

PUTRAJAYA – Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) siri ‘H’ yang ditawarkan sempena Sambutan Hari Malaysia merekodkan sambutan luar biasa apabila mencatatkan nilai bidaan terkumpul melebihi RM25 juta dalam tempoh dua hari sejak dibuka pada 16 September lalu.

Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), hasil bidaan itu bukan sahaja bakal menyumbang kepada hasil kerajaan, malah dikembalikan kepada rakyat menerusi pelbagai program dan inisiatif.

Katanya, manfaat itu juga akan dikembalikan kepada rakyat menerusi pelbagai inisiatif seperti Program MyLesen dan Program Pertukaran Topi Keledar Percuma.

“Ini selaras dengan komitmen JPJ terhadap kesejahteraan rakyat dan keselamatan jalan raya,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

JPJ berkata, bidaan NPI ‘H’ masih dibuka secara dalam talian menerusi Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid) sehingga 20 September pukul 10 malam.

“Keputusan bidaan dijadualkan diumumkan pada 21 September dalam tempoh 24 jam,” katanya

Susulan itu, orang ramai yang berminat untuk memiliki NPI itu boleh membuat bidaan menerusi pautan https://jpjebid.jpj.gov.my/ebid/login. – KOSMO! ONLINE

The post Bidaan NPI ‘H’ kutip lebih RM25 juta dalam dua hari appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved