
KOTA KINABALU: Walaupun industri kreatif bukan suatu bidang yang baharu, tetapi ia masih terbuka luas dan berpotensi untuk dimajukan di Sabah, kata Datuk Jasni Matlani.
Presiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah (Bahasa) itu berkata, golongan muda yang berminat dalam industri kreatif di Sabah amat dialu-alukan untuk menceburi bidang ini, kerana daya saingnya masih rendah dan berdaya maju.
“Sebagai contoh dalam bidang penerbitan, hanya ada satu dua syarikat penerbitan buku di Sabah. Begitu juga dalam bidang animasi dan perfileman, kita masih jauh ketinggalan berbanding di Semenanjung Malaysia. Ini merupakan petanda positif dan memberi ruang luas kepada golongan muda untuk menceburi bidang ini,” katanya.
