
SHAH ALAM: Impian Qilo dan Alif Kimiey untuk mara ke peringkat akhir Big Stage x Rocketfuel musnah apabila masing-masing diumumkan tersingkir malam tadi.
Kedua peserta yang merekodkan markah gagal menambat hati juri sekali gus berada di kedudukan dua terakhir minggu ini.
Alif Kimiey memaklumkan beliau dapat menjangkakan dirinya bakal tersingkir semalam kerana persembahan yang kurang memuaskan.
“Saya dapat jangkakan yang akan tersingkir sebab saya ada tertukar lirik dalam pereembahan. jadi bila diumumkan tiga kedudukan akhir, memang saya akui malam ini saya tersingkir,” katanya.
Qila pada masa yang sama memaklumkan beliau akan merindukan momen bersama rakan-rakannya Big Stage.
“Firasat mengatakan saya bakal tersingkir. Saya sebenarnya rindukan momen dengan kawan-kawan dalam Big Stage. Kami makan bersama, pergi kelas vokal juga bersama, jadi itu sangat menyetuh hati saya,” ujarnya.
Sementara itu, enam peserta yang berjaya menempah tiket ke peringkat akhir adalah Ranisha dengan markah 88 peratus, Adam Nadzmie (87.33 peratus), Yad-Z (85.67 peratus) Hussain (84 peratus) Danial Kifly (77.33 peratus)
Hussain minggu ini menggondol Rocket Star of The Week sekaligus melayakkannya membawa pulang RM2000 manakala manakala kumpulan terbaik dimenangi kumpulan Pulse membawa pulang RM1000.
Pentas Akhir Big Stage x Rocketfuel yang bakal berlangsung Ahad minggu depan bakal menyaksikan finalis diuji dengan dua tugasan.
Pemenang bakal memenangi kontrak rakaman yang bernilai RM200,000. – UTUSAN
The post Big Stage x Rocketfuel: Qilo, Alif Kimiey tersingkir di separuh akhir appeared first on Utusan Malaysia.






