‘Kadang-kadang, populariti buatkan kita lupa untuk kerja keras’

EntertainmentMusic
3 Aug 2026 • 11:59 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Kadang-kadang, populariti buatkan kita lupa untuk kerja keras’

SHAH ALAM – Guru muzik dan penyanyi Datuk Syafinaz Selamat menyifatkan perkembangan nyanyian dan persembahan Hussain dalam program Big Stage Rocketfuel tidak berlaku seperti yang diharapkan.

Menurut Syafinaz, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana anak muda itu  mempunyai pakej dan kelebihan kerana pernah bertanding di pentas Talk To My Manager 2 (TTMM2) sebelum ini.

“Saya diberitahu tiap-tiap minggu dia menang (undian). Okay, kadang-kadang populariti itu menyebabkan kita lupa bahawa kita perlu bekerja lebih keras.

“Sebenarnya dia memiliki suara yang sedap, pakej lengkap secara keseluruhan dan saya mengharapkan dia ambil peluang ini untuk tebus semula setiap perkara ketika di TTMM2.

“Jadi, saya berharap dia akan ‘buckle up’ dan kerja keras tapi dia punya perkembangan tidak terlalu besar kalau nak bandingkan ketika sertai TTMM2,” katanya kepada Kosmo! Online di sini, semalam.

Sebagai juri jemputan Big Stage minggu keenam semalam, dia berkata, anak kepada penyanyi veteran, Jamilul Hayat itu sepatutnya sudah mampu untuk menyerlahkan sesuatu memandangkan dikelilingi tenaga pengajar yang bagus.

“Sepatutnya dia nampak lebih ‘wow’ tetapi saya masih belum nampak itu.

“Dia juga seharusnya boleh push diri untuk lebih menyerlah. Pada saya, persembahan dia sebagai peserta dari pertandingan lain agak kurang, sepatutnya boleh beri lebih lagi,” jelasnya.

Dia bagaimanapun menegaskan Hussain tetap memiliki kualiti nyanyian yang bagus namun perkara trrsebut perlulah hadir bersama usaha untuk mengembangkannya dengan baik.

“Jangan salah faham, saya bukan cakap dia tak bagus atau suara tak sedap sebaliknya mengenai berharap perkembangan yang lebih baik.

“Ini semua disebabkan dia hadir dari TTMM2 berbanding peserta lain,” ujarnya.

Terdahulu, Hussain merupakan naib juara TTMM2 dan berpeluang menyertai Big Stage Rocketfuel secara ‘fast track’ selepas meraih undian tertinggi daripada orang awam. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Kadang-kadang, populariti buatkan kita lupa untuk kerja keras’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved