‘Satu penghargaan bila penampilan disamakan dengan Aina Abdul’

Entertainment
4 Aug 2026 • 1:49 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Satu penghargaan bila penampilan disamakan dengan Aina Abdul’

SHAH ALAM – Penyanyi dan peserta Big Stage Rocketfuel, Ranisha tidak kisah apabila fesyen yang digayakannya ketika membuat persembahan sejak beberapa minggu lalu didakwa meniru Aina Abdul.

Menurut Ranisha, dia tidak berniat untuk meniru sebaliknya menjadikan penampilan Aina sebagai inpirasi.

“Bagi saya itu satu bentuk penghormatan apabila disamakan dengan nama-nama besar seperti Aina Abdul yang merupakan antara idola dalam bidang nyanyian.

“Kalau cakap tentang fesyen, semua orang boleh pakai apa sahaja dan saya menghargai karya semua pereka fesyen yang menyediakan busana untuk dipakai setiap minggu,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Dalam masa sama, dia mengakui kini berada dalam fasa mencari personaliti dan identiti sendiri bagi membantu menjual bakatnya selepas berakhir Big Stage Rocketfuel.

“Sejak kecil, saya memang mencari identiti. Jadi, fesyen dan visual yang bagus di atas pentas sangatlah penting serta untuk kekal relevan atau ingin orang kenal — kita kena buat sesuatu.

“Saya masih lagi mencari identiti itu, kalau ada rezeki ke final, mungkin saya akan temuinya.

“Saya kena terus berusaha dan anggap ini semua proses pembelajaran dalam Big Stage,” ujarnya.

Katanya, dia juga turut memberi cadangan untuk setiap busana yang akan dipakai setiqp minggu kepada pihak produksi agar dapat mencapai visual yang diinginkan.

“Saya tidaklah terima bulat-bulat fesyen busana yang hendak dipakai setiap minggu.

“Ada akan beritahu visual yang diingini, warna pilihan, jenis material dan apa sahaja yang menyenangkan saya di atas pentas,” jelasnya.

Terdahulu, Ranisha berjaya merampas kedudukan tertinggi konsert suku akhir minggu lalu sekali gus melayakkannya ke peringkat separuh akhir bersama tujuh lagi peserta iaitu Adam Nazmie, Hussain, Qilo, Danny, Aliff Kimiey, Yad-Z dan Danial Kifli. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Satu penghargaan bila penampilan disamakan dengan Aina Abdul’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved