“Bijaknya”- Gelagat Kanak-Kanak Sibuk Membilas Pinggan Di Kedai Makan Cetus Perhatian [Video]

LocalFamily & Parenting
31 Jul 2024 • 12:10 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Setiap kanak-kanak yang sedang membesar pastinya sedang sibuk meneroka dunia mereka.

Malah ketika berada di usia satu hingga 12 tahun pelbagai perkara yang ingin mereka lakukan selain turut mempunyai pelbagai persoalan di minda.

Perkara ini sebenarnya adalah penting dan sangat bagus sekiranya ibu bapa menggalakkan anak-anak untuk meneroka dunia mereka agar mereka dapat mencipta pemikiran kritis.

Walau bagaimanapun setiap perkara yang ingin dilakukan itu perlulah dipantau agar mereka tidak melakukan perkara yang berbahaya.

Kanak-kanak rajin basuh pinggan di kedai makan

Baru-baru ini, seorang kanak-kanak yang berusia sekitar dua hingga lima tahun menjadi perhatian apabila dilihat sedang sibuk melakukan kerja sewaktu dipercayai ketika berada di sebuah Kedai Roti Canai Taman Shahzan, Kuantan, Pahang.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @teeja.zunaidi di TikTok, awalnya kelihatan kanak-kanak lelaki itu sedang berdiri di atas kerusi berdekatan sinki.

Manakala lelaki dewasa yang berada di sebelahnya pula sedang sibuk membersihkan pinggan-pinggan yang telah digunakan pelanggan dengan sabun.

Bilas pinggan dan letak dalam bakul

Sebaik pinggan-pinggan itu sudah disabun, kanak-kanak lelaki itu kemudiannya mengambil tugas untuk membilas pinggan serta alatan lain sebelum diletakkan ke dalam sebuah bakul untuk dikeringkan.

Apa yang menarik perhatian kelihatan kanak-kanak itu seperti sudah mahir melakukan perkara tersebut.

Bukan hanya itu, dia juga dilihat begitu cekap dalam melakukan kerja tersebut. Gelagatnya itu turut diperhatikan oleh lelaki dewasa yang berada di sebelahnya.

Selain pinggan, kanak-kanak ada membilas cawan dan alatan lain

Malah lelaki berkenaan turut membantunya seperti mendekatkan pinggan-pinggan yang sudah disabun agar mudah diambil.

Dalam beberapa lagi video yang dimuat naik, kanak-kanak itu juga ada membilas cawan serta alatan lain dan dipercayai pekara itu dilakukan pada hari yang berbeza.

Ramai puji kanak-kanak pandai bantu ibu bapa, ada juga menyifatkan dia ingin bermain air

Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji kanak-kanak lelaki tersebut dan menyifatkan dia seorang yang pandai serta rajin.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan itu adalah taktiknya agar dapat bermain air sambil membilas pinggan terbabit.

“Budak pandai”

image is not available

“Anak saya macam ni lah suka tolong ibu basuh pinggan tapi kena masuk dalam sinki sekali”

image is not available

“Alhamdulillah pandainya dia kecil-kecil dah pandai tolong ayah dia, terbaik semoga sihat selalu dan jadi anak soleh dengar cakap mak ayah.”

image is not available