Kantoi Hubungi Ex Masa Sekolah Ketika Isteri Tengah Pantang, Suami Enggan Lafaz Cerai Sebab Sayang

Entertainment
30 Jul 2024 • 5:05 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dugaan buat segelintir isteri yang mempunyai suami curang, lebih menyakitkan lagi apabila perkara terkutuk itu terbongkar saat isteri sedang berpantang di mana fasa inilah suami diperlukan di sisi.

Wanita ini dapat tahu yang suaminya ada menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain ketika dia sedang berpantang selepas melahirkan anak pertama.

Menurut sumber, orang ketiga dalam hubungan mereka itu adalah bekas teman wanita suaminya ketika di alam persekolahan.

image is not available

“Suami curang dengan ex sekolah dulu. Entah macam mana boleh contact balik. Sudahlah aku tengah berpantang anak sulung. Aku dah contact perempuan tu, katanya sayang suami aku. Cinta lama berputik kononnya, suami pula kata tak ada apa dah.”

Biarpun suaminya sudah menafikan, wanita ini jadi makin curiga apabila suaminya itu mula mengehadkan akses di telefon bimbitnya.

image is not available

“Kata tak ada apa dah tapi tiba-tiba locked chat WhatsApp. Dah sebulan benda ni jadi. Mental dan fizikal aku memang tak okay sebab beranak ceasar. Aku dah beri amaran pada penyondol tu dah, kemudian suami aku minta maaf.”

“Tapi benda ni tak habis-habis. Aku macam nak gila dah waktu pantang ni. Sikit lagi nak meroyan.”

Selain periksa telefon bimbit suaminya, dia juga ada ‘stalk’ laman sosial si penyondol itu.

“Instagram, Facebook dan TikTok perempuan ni, semua aku stalk. Dengan bangganya dia post keluar sana sini dengan suami aku.”

“Tapi aku minta dia padam post tu, dia dah padam. Ya, suami aku pun memang tak guna. Aku dah beritahu suami aku pokai apa semua, tapi katanya boleh tanggung.”

Biarpun sudah memberi amaran, si penyondol itu masih lagi cuba untuk mengganggu hubungan rumah tangganya.

image is not available

“Aku dah warning dia supaya bergenti contact, tapi dia degil masih dok kacau suami orang. Banyak kalau aku sebut nak cerai.”

“Suami aku beritahu yang dia sayang aku dengan baby (anak). Tahu pun sayang.”

Ia membuatkan ramai netizen bersimpati dengannya dan ada juga yang marah dengan tindakan suami dan si penyondol itu.

Sumber : mStar Online

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.