[VIDEO] Tarik & Tepuk Bahu Penjual Teh, Netizen Tak Puas Hati Dengan Sikap Gus Miftah

Entertainment
6 Dec 2024 • 11:26 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dua tiga hari ini, hangat diperkatakan mengenai kisah penjual teh ais dari Indonesia yang telah dihina oleh pendakwah, Gus Miftah Habiburrohman dalam satu majlis ilmu di negara itu.

Isu tersebut mendapat perhatian meluas bukan sahaja di Indonesia, malah di Malaysia juga termasuklah PM kita sendiri yang mengulas isu tersebut dalam ucapannya di sebuah majlis.

image is not available

Walau bagaimanapun, isu ini dikatakan sudah selesai apabila pendakwah itu sendiri hadir bertemu dengan penjual teh ais, Pak Sunhaji dan meminta maaf dengannya atas apa yang berlaku.

Gus Miftah tepuk dan tarik bahu Sunhaji?

Pun begitu, berlegar sebuah video di TikTok memaparkan sikap Gus Miftah yang dikatakan agak biadap terhadap Pak Sunhaji ketika pertemuan mereka baru-baru ini.

Menerusi video itu, dapat dilihat Gus Miftah memeluk tubuh Pak Sunhaji, namun geraknya dilihat agak kasar apabila dia menepuk dan menarik bahu lelaki tersebut dengan kuat.

@topamonaa

kenapa harus begitu sih minta maaf nya,,malah di tepuk tepuk pundaknya di tarik kaya adenya #viraltiktok #gusmiftah #penjualesteh #bapakpejualesteh #tiktokviral #fyppppppppppppppppppppppp

♬ Камин – DR3AM7NG

Pak Sunhaji walau bagaimanapun dilihat tidak memberi sebarang reaksi dan seakan-akan menerima dirinya diperlakukan sebegitu oleh pendakwah tersebut.

Minta maafnya seperti tidak ikhlas ya.

“Lebih tua mana ya Miftah dengan bapa penjual teh ais. Boleh pula ditarik dan ditepuk seperti itu,” tulis pemilik video.

Di ruang komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati mereka dengan sikap Gus Miftah yang dianggap tidak ikhlas dan biadap terhadap lelaki tua itu.

image is not available

Tak cukup dengan itu, ada juga yang mendedahkan video lama memaparkan Gus Miftah menggoncang kepala seorang wanita yang didakwa isterinya ketika di atas pentas.

Haih geleng kepala min tengok sikap orang macam ni. Sebagai pendakwah patutnya beri teladan yang baik, tapi ini lain pula jadinya.

Sumber: TikTok (1), (2)

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.