“Bila Hujan, Saya Akan..” – Kim Jongkook Akui Tak Pernah Pergi Cuci Kereta, Anggap Ia Satu Pembaziran

EntertainmentLifestyle
10 Jul 2025 • 11:15 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Siapa yang kenal Kim Jong-kook pastinya tahu kan dengan gaya hidupnya yang bersederhana.

Menerusi siaran terbaru program “Problem Child in House”, Kim Jong-kook sekali lagi telah mendedahkan tentang kehidupannya yang sentiasa berjimat-cermat. Pada awalnya lelaki itu berkata,

Saya tak pergi ke kedai serbaneka dan saya juga tidak pernah pergi mencuci kereta saya.

image is not available

Jelas Kim Jong-kook mengenai sebabnya,

Saya tak pernah pergi cuci kereta kerana saya tahu ia akan kotor lagi nanti. Jadi, kenapa perlu bersusah-payah? Bila hujan lebat, saya akan memandu hingga ke Anyang. Ia seperti saya telah melalui tempat cucian kereta automatik.

Kemudian, rakan rapatnya Song Eun-i turut bergurau dengan menyatakan bahawa Shinchon Grace adalah kedai serbaneka terakhir yang Kim Jong-kook pernah pergi, iaitu sebuah pusat membeli-belah yang dah ditutup pada 27 tahun yang lalu.

Kalau dia dah biasa hidup macam tu, apa salahnya kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.