“Sebab Ni Tak Kahwin” – Netizen Terkejut Lihat Jumlah Kad Kredit Kim Jongkook Untuk Sebulan

EntertainmentLifestyle
30 Jun 2025 • 2:42 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Siapa yang kenal Kim Jong-kook pastinya tahu yang dia seorang yang berjimat-cermat kan?

Menerusi laman komuniti dalam talian, satu siaran yang membincangkan tentang jumlah kad kredit Kim Jong-kook telah hangat menjadi perbualan.

Khususnya menerusi program “My Little Old Boy”, Kim Jong-kook memberitahu bahawa dia jarang membelanjakan wangnya dan turut mendedahkan bil kad kredit bulanannya,

Ia kurang daripada 1 juta won sebulan. Mungkin 900,000 won (RM 2,809)?

Soal Eun Ji-won terkejut,

Bukankah bil telefon bimbit pun termasuk dalam kad kredit? Kalau tolak 100,000 won, maknanya awak boleh hidup hanya dengan 800,000 won sebulan?

image is not available

Membuatkan ramai tertawa, Kim Hee-chul kemudian menambah,

Jong-kook hyung, awak tak makan ke?

Bukan sahaja rakan artis, netizen yang menonton siaran itu turut terkejut dan meninggalkan komen,

  • Sebab ni lah dia tak boleh berkahwin.
  • Itulah sebabnya dia boleh beli rumah besar.
  • Saya rasa dia kedekut hanya pada diri dia sahaja.

Baguslah kan tak banyak hutang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.