“Bila jatuh sakit, betapa sunyinya hidup ni” – Sajat Terlantar Di Hospital, Alami Batuk Kering Selama 2 Minggu

LocalHealth & Fitness
8 Dec 2025 • 5:03 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Pempengaruh dan usahawan sensasi, Sajat Kamaruzzaman memohon orang maaf kepada umum kerana dirinya kini dikhabarkan sedang diuji dengan kesakitan yang tidak sembuh-sembuh. 

Menerusi Instagram miliknya, Sajat yang kini sedang menetap di Australia menjelaskan bahawa dirinya sudah mengalami batuk kering selama 2 minggu dan kini sedang terbaring di hospital.

Menurut Sajat, segala gejala yang dialaminya seperti keadaan badan yang tak menentu, batuk kering, termuntah apabila makan, banyak hingus dan kahak itu telah mengganggu pernafasannya. Oleh itu, Sajat memohon kepada orang ramai untuk mendoakan kesihatannya semakin pulih.

“Batuk ni sakit sangat sampai buat hati luluh. Terima kasih kerana masih ada untuk Sajat.”

image is not available

Dalam Instagram miliknya, Sajat ada kongsikan beberapa foto yang menunjukkan dirinya terbaring di hospital sambil meluahkan rasa sebak apabila mengenangkan nasib dirinya itu.

image is not available

“Bila jatuh sakit macam ni… baru rasa betapa sunyinya hidup ni. Jauh dari keluarga, tak ada tangan yang memeluk, tak ada suara yang menenangkan hanya mesin, wayar dan diri sendiri.”

image is not available

Sajat bagaimanapun tidak menafikan kesakitannya itu telah mengundang kutukan daripada segelintir orang.

Jadi dia menegaskan bahawa dia bukanlah mahu meraih simpati, sebaliknya meminta doa daripada orang ramai agar dapat mengelakkan diri daripada perkara buruk terjadi. 

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.