“Bila Nak ‘Post’ Bini Kedua..” – Alif Teega Tak Berani Kongsi Tentang Isteri Kedua, Netizen Masih Tertunggu

19 Dec 2023 • 10:15 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Personaliti media sosial yang namanya sedang sensasi sekarang, Alif Teega telah memuat naik sebuah video pendek yang memamparkan dirinya sedang beriadah bersama isteri pertamanya Aisyah Hijianah serta anak-anaknya.

Dalam video berkenaan, terlihat mereka seperti keluarga yang bahagia meskipun ramai tahu tentang pergolakan rumah tangga mereka baru-baru ini. Disebabkan itu, ruangan komen hantaran tersebut dibanjiri dengan kecaman netizen.

Isteri kedua mana bang? Tak berani post ke.

Bawalah Fatin, bukan nak sangat ke bermadu, bawalah dia, kesian dia, dia pun berhak bahagia, dia pun dalam keluarga ni.

Bila nak post isteri kedua ? Macam tak adil je.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mohd Hazalif (@alifteega)

image is not available

Sumber : Instagram  

Menjengah ke ruangan komen video berkenaan, disebalik komen kecaman yang ditinggalkan oleh warganet, ramai juga yang tertanya-tanya tentang keberadaan isteri kedua Alif yang bernama Fatin itu.

Ramai menganggap bahawa bapa kepada dua anak ini enggan atau mungkin takut untuk mendedahkan pasangan keduanya itu di media sosial. Pada masa yang sama, ada juga segelintir yang meminta agar netizen berhenti membidas Alif ini kerana perkahwinan keduanya itu sudah pun berlalu.

image is not available 2 weeks ago

"Jangan Samakan Aku Dengan Dia Lagi.." - Adam Lee Sanggup Cukur Jambang Tak Nak Seiras Dengan Alif Teega