“Isteri Kedua Mana Bang?” – Alif Teega Kongsi Momen Dengan Aisyah, Netizen Tertanya Mana Fatin

19 Dec 2023 • 11:31 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Baru-baru ini, Alif Teega memuat naik satu video pendek yang memparkan dirinya sedang beriadah bersama isteri pertamanya Aisyah Hijianah serta anak-anaknya.

Menerusi video berkenaan, kelihatan mereka seperti keluarga bahagia walaupun sebelum ini pernah terlibat dalam kontroversi rumah tangga.

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen membanjiri perkongsian dengan kecaman terhadap personaliti media sosial itu.

Bukan itu sahaja, warganet turut bertanyakan tentang keberadaan isteri kedua Alif yang bernama Fatin Umaidah.

Isteri kedua mana bang? Tak berani post ke.

Bawalah Fatin, bukan nak sangat ke bermadu, bawalah dia, kesian dia, dia pun berhak bahagia, dia pun dalam keluarga ni.

Bila nak post isteri kedua ? Macam tak adil je.

Malah, ada juga yang meminta agar netizen berhenti membidas Alif kerana perkahwinan keduanya itu sudah pun berlalu.

image is not available

image is not available

Dalam pada itu, ramai yang beranggapan bahawa bapa kepada dua anak ini mungkin takut untuk mendedahkan pasangan kedunya itu di media sosial.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai laporan perubatan Aisyah Hijanah yang memaparkan kesan Aisyah pernah dipukul.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Buang yang keruh ambil yang jernih, apa pun semoga berbahagia dengan isteri tercinta #hafidzroshdi#athirayuhada#nikah#sembangentertainment#ohmedia#hj

♬ Some bol4 speed up – ♡