Bila pula giliran Pahang nak berpakat? – Tuan Ibrahim

LocalPolitics
23 Nov 2026 • 2:21 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Bila pula giliran Pahang nak berpakat? – Tuan Ibrahim

KUANTAN: Persoalan bila kerjasama politik antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) dapat direalisasikan di Pahang menjadi mesej utama pantun yang dibacakan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika perbahasan belanjawan Pahang 2027 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang hari ini.

Pantun empat kerat yang berbunyi, ‘Satu dua tiga empat, bila pula Pahang nak berpakat, rakyat menanti penuh semangat, semoga Pahang terus berkat’ itu, menurut Timbalan Presiden Pas berkenaan, merupakan gambaran harapan rakyat yang mahu melihat muafakat politik seperti dilaksanakan di beberapa negeri lain.

Beliau berkata, hasrat itu sering disuarakan masyarakat ketika beliau turun padang, termasuk persoalan mengapa kerjasama seumpama itu tidak dapat direalisasikan di Pahang.

“Pantun itu pantun merisik khabar. Kita tengok muafakat politik ini sebenarnya sangat positif dan rakyat menunggu, rakyat menanti.

“Saya turun mana-mana pun rakyat Pahang mengharapkan kalau boleh macam negeri lain kita boleh buat di Melaka, Johor dan Negeri Sembilan. Mereka tanya apa payahnya di Pahang?” katanya ketika ditemui media selepas sidang DUN Pahang, di sini hari ini.

Menurutnya, pantun berkenaan turut membawa mesej supaya perbezaan politik tidak menyebabkan kedua-dua pihak berpecah sehingga menghilangkan kekuatan masing-masing.

Katanya, beliau berharap hasrat rakyat itu mendapat maklum balas positif, namun sebarang kerjasama politik tidak bermakna PN akan mengetepikan tanggungjawab sebagai pembangkang dalam memainkan peranan semak dan imbang terhadap kerajaan negeri. – UTUSAN

The post Bila pula giliran Pahang nak berpakat? – Tuan Ibrahim appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved