Kerjasama BN-PN mesti tolak rasuah, tak gadai prinsip babitkan dosa – Tuan Ibrahim

Politics
13 Nov 2026 • 10:37 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mesti berlandaskan prinsip yang dipersetujui bersama, termasuk menolak rasuah serta mengelakkan pakatan dalam perkara yang membawa kepada dosa dan permusuhan.

Image from: Kerjasama BN-PN mesti tolak rasuah, tak gadai prinsip babitkan dosa – Tuan Ibrahim

Memetik laporan Berita Harian, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, prinsip itu perlu terus dipertahankan dalam apa jua bentuk muafakat politik. Menurutnya, kedua-dua gabungan boleh bekerjasama dalam perkara yang membawa kebaikan.

“Muafakat dalam apa keadaan sekalipun, kita ada prinsip dan kita dokong bersama PN dan BN prinsip tersebut.
“Tolong bantu dalam perkara baik dan takwa kepada Allah. Tidak boleh tolong bantu dalam perkara permusuhan dan perkara dosa. Prinsip ini kita dukung bersama,” katanya ketika berucap pada ceramah Pentas Grand Finale BN dan PN sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Antara yang hadir ialah Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Dalam ucapan sama, Tuan Ibrahim berkata PN, khususnya PAS, tidak wajar dipersalahkan berhubung isu tahanan rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Beliau berkata PN tidak mempunyai wakil dalam Lembaga Pengampunan dan menyifatkan tahanan rumah itu sebagai perubahan tempat Najib menjalani hukuman.

Image from: Kerjasama BN-PN mesti tolak rasuah, tak gadai prinsip babitkan dosa – Tuan Ibrahim

 “Yang di-Pertuan Agong telah buat keputusan bukan membebaskan Datuk Seri Najib. Beliau terus ditahan di penjara, cuma daripada penjara dipindahkan kepada penjara dalam rumah,” jelasnya.

Mengulas peletakan jawatan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, Tuan Ibrahim mempersoalkan mengapa anggota Kabinet lain tidak mengambil langkah sama jika tindakan Loke dibuat atas prinsip yang turut dipegang parti itu. Beliau kemudian mencabar anggota Kabinet lain, termasuk Menteri Wilayah, supaya meletakkan jawatan.

“Bukan hanya Setiausaha Agung letak jawatan, Menteri Wilayah pun kena letak jawatan, seluruh anggota Kabinet letak jawatan!” dedahnya.

Tuan Ibrahim turut menggesa pengundi menggunakan PRN Melaka untuk menyatakan penolakan terhadap Pakatan Harapan (PH). Beliau berharap keputusan pilihan raya negeri itu dapat memberi momentum kepada gabungannya menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

“Kita mesti buktikan PRN Melaka ni sebagai satu referendum rakyat untuk menolak PH. Gelombang biru Melaka akan menjadi pemangkin kepada kemenangan besar dalam PRU ke-16,” tambahnya lagi.

Sumber: Berita Harian (Suharmin Yusuf dan Fahiz Ariff)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved