Bilik darjah SK Setia Alam musnah terbakar, tiada murid cedera

14 Sep 2026 • 7:15 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Bilik darjah SK Setia Alam musnah terbakar, tiada murid cedera

SHAH ALAM: Sebuah bilik darjah di Sekolah Kebangsaan (SK) Setia Alam, Persiaran Setia Prima di sini musnah sepenuhnya dalam kebakaran petang tadi.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan selepas pihak sekolah mengesahkan tiada murid berada di dalam bilik darjah terbabit ketika kejadian.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 4.20 petang.

"Sebaik sahaja pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong tiba, siasatan mendapati lokasi yang terbakar adalah bilik darjah.

"Bilik darjah berkenaan terbakar 100 peratus dan api padam sebelum pihak bomba tiba.

"Ketika pasukan tiba, guru besar memaklumkan murid tiada di dalam bilik darjah berkenaan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Image from: Bilik darjah SK Setia Alam musnah terbakar, tiada murid cedera
Murid SK Setia Alam dihimpunkan di kawasan padang sekolah susulan kebakaran yang memusnahkan sebuah bilik darjah petang tadi. Foto Facebook netizen

Rakaman dan gambar kejadian yang dikongsi di media sosial memaparkan kepulan asap hitam dari bangunan sekolah berkenaan.

Beberapa ibu bapa turut memaklumkan murid dihimpunkan di kawasan padang sekolah susulan kejadian itu.

Hantaran di media sosial turut mendakwa peralatan serta buku di dalam bilik darjah berkenaan hangus terbakar.

Ashrul Riezal berkata pasukan bomba kemudian menjalankan kerja pemadaman susulan bagi memastikan keadaan benar-benar selamat.

Katanya, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved