Ben Amir dan isteri kongsi detik cemas rumah hampir terbakar, api merebak hingga ke laman – ‘Asap tebal, saya sukar bernafas’

14 Sep 2026 • 4:37 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Ben Amir dan isteri kongsi detik cemas rumah hampir terbakar, api merebak hingga ke laman – ‘Asap tebal, saya sukar bernafas’

SEDANG berehat di rumah, tiba-tiba bau asap yang kuat memenuhi ruang kediaman. Belum sempat berbuat apa-apa, api yang marak berhampiran rumah mula merebak dengan pantas akibat tiupan angin kencang.

Itulah detik cemas dilalui pelakon Ben Amir apabila kebakaran hutan berlaku berhampiran kediamannya di Pulau Siargao, Filipina pada Ahad.

Menerusi perkongsian video ringkas di Instagram, Ben Amir atau nama sebenarnya, Muhammad Amir bin Sabaruddin, berkata dia pada mulanya sedang berehat sebelum menyedari bau asap yang begitu kuat.

Menurutnya, kebakaran berlaku di kawasan tanah bersebelahan rumah sebelum api merebak dengan cepat akibat angin kencang.

Image from: Ben Amir dan isteri kongsi detik cemas rumah hampir terbakar, api merebak hingga ke laman – ‘Asap tebal, saya sukar bernafas’

“Tadi aku tengah rehat di rumah bila tiba-tiba bau asap kuat sangat. Rupanya kebakaran hutan berlaku di tanah sebelah rumah aku dan disebabkan angin yang sangat kuat, api mula merebak dengan cepat.

“Seluruh kawasan tiba-tiba dipenuhi asap dan sejujurnya, memang sangat menakutkan,” kongsinya.

Meskipun terkejut dengan kejadian tersebut, Ben meluahkan rasa syukur apabila dia dan keluarga berada dalam keadaan selamat, manakala rumah mereka juga tidak terjejas.

“Syukur, kami selamat dan rumah juga masih dalam keadaan baik. Tetapi kejadian itu benar-benar mengejutkan kami.

“Penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang datang membantu, memeriksa keadaan jiran-jiran dan berusaha mengawal kebakaran.

“Kejadian ini boleh berakhir dengan sangat berbeza.

Image from: Ben Amir dan isteri kongsi detik cemas rumah hampir terbakar, api merebak hingga ke laman – ‘Asap tebal, saya sukar bernafas’

“Saya sangat bersyukur kerana kami selamat, rumah masih berdiri dan kami masih diberi peluang untuk bangun pada keesokan harinya.

“Semoga semua orang sentiasa berhati-hati dan selamat,” titip pelakon kelahiran Kuala Lumpur itu.

Dalam pada itu, isteri Ben, Liana Alara atau lebih dikenali sebagai Maiya, turut berkongsi pengalaman berdepan detik cemas tersebut menerusi media social miliknya.

Menerusi hantaran di Threads, Maiya memberitahu api mula marak hingga ke kawasan laman rumah mereka, manakala asap yang begitu tebal menyebabkan dia mengalami kesukaran untuk bernafas.

Situasi berkenaan diakui membuatkan dirinya ketakutan sehingga fikiran menjadi buntu. Dalam keadaan cemas itu, mereka terpaksa mengambil tindakan bagi menghalang api daripada merebak ke bahagian utama rumah.

Image from: Ben Amir dan isteri kongsi detik cemas rumah hampir terbakar, api merebak hingga ke laman – ‘Asap tebal, saya sukar bernafas’

“Hampir sahaja kami kehilangan rumah. Api sudah pun sampai ke kawasan laman kami, asapnya begitu tebal sehingga saya sukar bernafas.

“Kami terpaksa memecahkan bumbung nipah bagi menghalang api daripada merebak ke bahagian utama rumah.

“Saya terlalu takut hinggakan fikiran saya jadi buntu. Alhamdulillah, semua orang selamat,” kongsinya.

Bagi pasangan itu, kejadian tersebut pastinya meninggalkan kesan apabila kediaman yang menjadi tempat berlindung tiba-tiba berdepan ancaman kebakaran.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved