Bilik Mesyuarat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Tampin Musnah Terbakar

23 May 2025 • 11:25 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Bilik Mesyuarat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Tampin Musnah Terbakar

Sebuah bilik mesyuarat di tingkat empat bangunan pentadbiran Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin musnah dalam satu kebakaran yang berlaku malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman memaklumkan bahawa tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 7.15 malam itu.

image is not available

Foto: FB Buletin Malaysia

“Berlaku kebakaran di tingkat empat di IPD Tampin. Kejadian disedari anggota bertugas di pejabat pertanyaan trafik dan terus menghubungi bomba.

“Pada jam 7.21 malam, pasukan bomba sampai dan kebakaran berjaya dikawal pada jam 8.10 malam. Ketika kejadian, tiada anggota bertugas di pejabat itu. Siasatan masih diteruskan bomba.

“Bilik mesyuarat tersebut musnah sepenuhnya dan siasatan punca kebakaran sedang dijalankan oleh pihak bomba,” katanya.

Sumber: Buletin TV3