Bilik Pameran Baharu: ETCM Lebarkan Sayap Di Selatan, Buka Bilik Pameran Di Kluang, JB

LocalCars
4 Jun 2025 • 11:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM), pengedar eksklusif kenderaan Nissan di Malaysia membuka sebuah bilik pameran di Kluang, Johor baru-baru ini.

Bilik pameran yang dibina di atas tanah keluasan 6,400 kaki persegi itu dilihat memaparkan identiti korporat baharu jenama itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd, Khoo Cheng Pah berkata, Nissan telah menjadi sebahagian daripada perjalanan rakyat Malaysia selama beberapa dekad.

"Kami akan terus memperkenalkan model-model baharu yang inovatif, serta kekal komited sepenuhnya dalam menyokong semua jaminan, alat ganti dan perkhidmatan sedia ada tanpa kompromi.

"Pembukaan bilik pameran baharu kami di Kluang merupakan bukti nyata terhadap pelaburan berterusan kami dalam menyediakan kenderaan berkualiti serta perkhidmatan yang diyakini di mana jua pelanggan kami berada," katanya.

Untuk makluman, bilik pameran ini dilengkapi dengan pameran model Nissan, terdapat penasihat jualan terlatih dan profesional selain pengunjung boleh meneroka pengalaman pemanduan seperti EV menerusi Nissan KICKS e-POWER yang baru dilancarkan, bersama barisan model lengkap Nissan.

Malah, terdapat juga kemudahan tambahan termasuk tempat penyerahan kenderaan baharu yang khusus, ruang istirehat yang selesa dengan sambuangan WIFI dan ruang perbincangan.

Berikut adalah alamat bilik pameran baharu ETCM di Kluang:

image is not available

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Nissan Malaysia di www.nissan.com.my atau hubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di 1800-88-3838.