MG S5 EV Sudah Berada Di Semua Bilik Pameran Di Seluruh Negara

LocalCars
3 Jun 2025 • 11:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

MG Motor Malaysia mengesahkan bahawa MG S5 EV sudah berada di semua bilik pameran Pengedar Sah MG Motor di seluruh negara.

Untuk itu, bagi yang berminat dengan MG S5, anda boleh mengunjungi bilik pameran MG terdekat untuk melihat dan memandu uji sendiri model terbaharu itu.

image is not availableimage is not available

Sebagai makluman, MG S5 adalah satu-satunya SUV EV segmen-B dengan pacuan roda belakang (RWD) di Malaysia.

Ia sebenarnya direka untuk menonjol dalam kelasnya, selain menawarkan gabungan unik reka bentuk anggun, ketangkasan terbaik dalam kelas, dan pengendalian yang menyeronokkan, semuanya disokong oleh ketepatan dinamik pemanduan ala British yang lancar.

image is not available

Malah, Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia, Emory QiFeng berkata, S5 EV bukan sekadar kereta elektrik, ia membawa keseronokan memandu dan prestasi yang menjadi penanda aras dalam kelasnya.

MGS5 ini didatangkan dalam tiga varian dimana varian MG S5 Com (49kWh) – RM115,900, MGS5 EV COM Long Range (62kWh) – RM125,900 manakala varian Lux Long Range (62kWh) pula berharga RM135,900.

image is not availableimage is not available

Bagaimanapun, untuk 500 orang pelanggan pertama akan menerima manfaat berupa penjimatan sehingga RM6,000 serta pakej pengecas dinding 7kW secara percuma. Ini bermakna, harga jualan MGS5 EV bermula serendah RM109,900.

SUV segmen B elektrik sepenuhnya ini berukuran 4,476 MM panjang, 1,849 MM lebar dan 1,621 MM tinggi, dengan jarak roda 2,730 MM.

image is not available

Saiznya meletakkannya dalam persaingan rapat dengan model seperti Proton e.MAS 7, BYD Atto 3 dan Honda e:N1 yang dilancarkan baru-baru ini.

Kesemua varian secara standard dilengkapi dengan motor elektrik pacuan roda belakang berkuasa 170 PS dan 250 Nm.

Selain itu, MG S5 EV juga menyokong pengecasan AC 7 kW dan pengecasan pantas DC sehingga 120 kW, manakala varian Lux pula diberikan kelebihan pengecasan pantas DC sehingga 150 kW. Jadi MG S5 EV Lux boleh dicas dari 10-80 peratus hanya dalam 26 minit.

image is not available

Jentera ini dilengkapi dengan skrin kluster digital 10.25 inci serta skrin tengah sebesar 12.8 inci. ada sokongan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar termasuk kefungsian Vehicle-to-Load (V2L), Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, 12.8 inci skrin sentuh infotainmen dengan arahan suara dan banyak lagi.

Begitupun, varian Lux pula mendapat kelengkapan tambahan. Ini termasuklah rim aloi 18 inci, bumbung kaca panorama, upholsteri tempat duduk kulit-fabrik, tempat duduk pemandu boleh laras, pemanas roda stereng, pengecasan peranti pintar tanpa wayar, pintu tailgate berkuasa, sistem audio dengan enam pembesar suara dan kamera keliling.

Ruang butnya pula seluas 1,441 liter .

Jika anda berminat dengan MG S5 EV, Berikut ialah senarai acara pandu uji khas MGS5 EV yang dianjurkan oleh pengedar MG Motor.

image is not available

Untuk keterangan lanjut, layari

.