Bilik Pameran EV Proton e.MAS Pertama Kini Dibuka – IDCC, Shah Alam

LocalTechnology
21 Dec 2024 • 1:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Pengedar kenderaan Proton, SG Car Sdn Bhd (SG Car), secara rasmi melancarkan bilik pameran rasmi Proton e.MAS yang pertama negara di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam.

image is not availableimage is not available

Majlis perasmian disempurnakan oleh Speaker Dewan Negeri Selangor, YB Tuan Lau Weng San, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang dan pemilik syarikat pengedaran SG Cars, Datuk Andrew Quek.

Komited Sediakan Penyelesaian Automotif Lestari

image is not available

Bilik pameran Proton e.MAS ini mencerminkan komitmen PROTON dan SG Car dalam menyediakan penyelesaian automotif yang lestari.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang, "Matlamat kami adalah untuk memastikan bilik pameran ini menjadi pusat pendidikan dan inspirasi yang mempamerkan teknologi EV generasi akan datang."

image is not availableimage is not available

Terletak dalam premis pengedar Proton sedia ada di bawah Setia Gemilang, bilik pameran ini mampu mempamerkan sehingga 14 unit kereta, termasuk model enjin pembakaran dalaman (ICE) dan kenderaan elektrik (EV) terkini Proton.

image is not availableimage is not available

Fasiliti ini turut dilengkapi dengan ruang rehat pelanggan yang luas serta ruang servis dengan 13 pengangkat kenderaan.Turut disediakan ialah pengecas pantas DC berkapasiti 60 kW dengan dua nozel yang boleh digunakan oleh semua pengguna EV.

Standard Operasi Baharu Diperkenalkan

Bahagian xEV PROTON, PRO-NET telah memperkenalkan standard operasi baharu bagi meningkatkan pengalaman jualan dan selepas jualan di pusat-pusat pengedaran Proton e.MAS.

image is not available

Pembantu jualan akan diberi latihan khas untuk mendidik pembeli EV kali pertama tentang penggunaan dan penjagaan kenderaan yang betul, memberikan nilai tambah kepada pelanggan.

Datuk Andrew Quek berkata, "Bilik pameran ini direka untuk memenuhi keperluan komuniti dan menyumbang kepada ekonomi tempatan dengan mewujudkan peluang pekerjaan dalam sektor automotif.”

Perluasan Rangkaian Pusat Pengedaran Proton e.MAS

Sehingga kini, PRO-NET telah melantik 37 pengedar di seluruh negara, dengan 30 dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang akhir 2024.

PRO-NET juga giat mencari rakan kongsi baharu untuk menubuhkan bilik pameran Proton e.MAS, sekali gus dapat membuka peluang kerjaya dan memajukan ekosistem EV di Malaysia bagi memacu mobiliti yang mampan.