Billion Stars Express Siasat Insiden Tular, Gantung Tugas Pemandu Bas Serta-Merta

LocalCars
16 Apr 2026 • 6:54 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Billion Stars Express Siasat Insiden Tular, Gantung Tugas Pemandu Bas Serta-Merta

Billion Stars Express Siasat Insiden Tular, Gantung Tugas Pemandu Bas Serta-Merta

Syarikat bas Billion Stars Express memaklumkan bahawa pemandu bas yang tular baru-baru ini telah digantung tugas serta-merta.

Menerusi satu kenyataan yang dikongsikan di Facebook, syarikat itu berkata pihaknya memandang serius insiden tersebut dan telah mengambil tindakan segera.

"Pihak kami telah menerima aduan orang awam pada 15 April dan siasatan dalaman telah dijalankan dengan serta-merta.

"Pemandu berkenaan telah diarahkan hadir ke pejabat bagi membantu siasatan serta menjalani ujian saringan keselamatan, namun didapati tidak memberikan kerjasama sepenuhnya.

"Sehubungan itu, pemandu tersebut telah digantung tugas serta-merta sementara siasatan lanjut dijalankan," katanya.

Tambah kenyataan itu lagi, keselamatan penumpang sentiasa menjadi keutamaan mereka.

Baca juga:

"Kami tidak akan berkompromi terhadap sebarang tindakan yang boleh menjejaskan keselamatan pengguna," ujarnya.

Billion Stars Express juga memohon maaf atas sebarang kebimbangan yang timbul kepada penumpang dan orang awam.

"Pihak kami komited untuk menambah baik prosedur operasi termasuk pemantauan lebih ketat dan latihan berterusan kepada semua pemandu.

"Pihak kami akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa termasuk APAD dan JPJ bagi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya terjamin," katanya lagi.